Home Petua Tips Lelaki Ini Tiba2 Azan Selepas Lihat Kelakvan Pelanggan Ini Di Kedai Makan

Lelaki Ini Tiba2 Azan Selepas Lihat Kelakvan Pelanggan Ini Di Kedai Makan

110
0

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, semakin kerap isu pelanggan mengamuk di kedai makan dikongsikan sehingga menjadi bualan hangat di media sosial.

Terbaharu, satu video memaparkan seorang wanita yang menjerit-jerit memarahi pekerja di sebuah restoran menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Namun, menjadi perhatian apabila kelihatan seorang lelaki yang bertindak melaungkan azan ketika situasi tersebut semakin di luar kawalan dan berharap agar keadaan akan bertukar tenang.

“Abang tu siap azan, tapi sempat separuh sahaja, mungkin tak berkesan dengan mereka yang sedang gaduh itu, masing-masing kuat jerit,” kata saksi di tempat kejadian.

Sehubungan itu, seorang wanita tampil menjelaskan kejadian sebenar menerusi ruang komen video tersebut disebabkan dia turut berada di tempat kejadian.

Katanya, wanita yang mengamuk tersebut telah memesan roti mozarella terlebih awal, namun pelanggan di meja sebelahnya menerima pesanan roti nan kosong terlebih dahulu sedangkan mereka tiba lebih lewat daripadanya.

Jelasnya, pada mulanya pelanggan wanita berkenaan hanya menegur dengan cara baik, namun tidak diperdulikan oleh pihak peniaga sehingga menimbulkan perbalahan.

“Dah tegur baik, tapi tak dipeduli sehingga suami wanita itu jerit pada kakak yang ada di kaunter pembayaran yang tengah layan pelanggan lain.

“Lepas kena jerit, kakak itu pun tak puas hati dan membalas balik, wanita itu pun naik angin dan berlaku perbalahan,”.


Namun begitu, pertengkaran tersebut difahamkan telah diselesaikan dengan cara baik selepas suami kepada wanita berkenaan meminta maaf kepada pihak kedai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.malaysiatimes.news/

Previous article“Popular Tiap Kali Ramadan” -Watak Barkoba Jadi ‘Ikon’ Tak Puasa, Bell Ngasri Bimbang Tanggapan Kekal Sampai Bila-Bila
Next articleBapa Minat Karakter Adiwira, Akhirnya Berjangkit Juga Minat Ke Anaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here