Home Petua Tips Bapa Minat Karakter Adiwira, Akhirnya Berjangkit Juga Minat Ke Anaknya.

Bapa Minat Karakter Adiwira, Akhirnya Berjangkit Juga Minat Ke Anaknya.

62
0

KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Perumpamaan ini sesuai bagi menggambarkan kisah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang mempunyai minat sama dengan bapanya.

Menurut Kumar Radzi Ku Chat, 32, minatnya terhadap karektor kartun adiwira bermula sejak kecil lagi setelah menonton banyak filem animasi di televisyen.

Namun setelah meningkat dewasa, minat lelaki yang senang disapa Achik ini bertukar menjadi hobi apabila dia mula mengumpul patung figura karektor kartun disukai.

“Saya minat tengok kartun sejak dari kecil. Masa zaman saya tu paling popular Kamen Rider, Masked Rider dan Power Rangers tapi sekadar boleh tengok di TV sajalah. Saya belum ada duit sendiri jadi tak dapat merasa nak beli patung-patung ni. Bila dah besar baru dapat beli dengan duit sendiri.

“Saya mula kumpul patung-patung ni masa dah bekerja sejak 2015. Saya cari semua jenis patung dan karektor mana yang pernah saya kenal masa kecil dulu. Tapi sampai satu masa tu saya hanya fokus pada kartun Marvel saja. Saya obses dengan The Hulk. Apa saja berkaitan dengan The Hulk semua saya akan beli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Macam anak saya pula, dia minat kartun juga tapi superhero berbeza. Bila dia tengok saya asyik beli barangan atau merchandise kartun, lama-lama dia mula kenal dan minta barangan yang ada kartun juga. Dia lebih obses dengan Spiderman jadi kalau nak beli baju kostum, kasut atau beg dia akan minta nak yang ada logo atau gambar Spiderman.

“Dari situ saya mula nampak dia ada cita rasa sama macam saya. Saya support saja minat dia sebab generasi dia beruntung dapat rasa semua ni dari kecil. Jadi saya nak dia ada memori masa kecil yang saya tak dapat dulu. Saya ajak dia tengok movie dan main permainan kami beli sama-sama,” ujarnya.

Lelaki ini telah mengumpul patung hero kegemarannya sejak 2015 lagi.

Bercerita lanjut, anak jati Kodiang, Kedah ini berkata dia sendiri tidak kisah untuk berhabisan wang ringgit demi memenuhi hasratnya yang fanatik dengan karektor The Hulk.

Jelas lelaki yang berkahwin dengan Nor Haswani Abdul Halim, 32, ini minatnya juga tidak pernah dihalang oleh isterinya.

Bagaimanapun, setelah berumah tangga lebih lima tahun, kini dia sudah berhenti mengumpul patung figura kerana terpaksa memikirkan tanggungjawab setelah memiliki anak lelaki tunggal, Ku Thaqiff Fayyadh Kumar Radzi.

“Kalau bab duit ringgit saya belanjakan untuk hobi ni, jika dikirakan semula boleh geleng kepala. Action figure paling mahal saya beli berharga RM800 daripada Hot Line Toys tapi saya puas hati sebab detailing patung tu nampak real sangat. Macam mana tengok dalam movie, macam tu juga bila pegang dekat luar.

“Tapi sekarang saya dah berhenti kumpul sebab komitmen lepas kahwin dan ada anak ni, mainan saya kiranya mainan dia juga. Tapi nanti bila anak dah besar dan lebih memahami, saya akan fokus balik beli mainan sebab minat dan obses tu masih ada.

“Kalau pergi mall wajib singgah kedai mainan untuk tengok semua jenis patung yang ada. Mungkin ada masuk patung baharu dalam kedai tu. Tak beli pun tak apa cukup sekadar tengok saja pun dah puas,” jelas Achik.

Antara pameran action figure yang disertai oleh jejaka ini.

Imbas Achik, selain hobi mengumpul mainan, dia juga seorang yang aktif melibatkan diri dalam acara-acara atau kelab peminat yang mempunyai minat sama sepertinya.

Bercerita lanjut mengenai video yang dimuat naik sehingga meraih 500,000 tontonan di TikTok, dia menerima banyak mesej positif yang menyokong dan memuji hobi dia dan anaknya.

“Sebelum ni saya memang aktif pergi event. Selalunya ada event di Kuala Lumpur. Selain tu ada juga event saya sendiri yang manage, Ultimate Figure Squad Malaysia.

“Tapi sejak Covid-19, event dah tak boleh buat jadi agak terkilan juga. Tapi saya harap lepas semua dah kembali OK, boleh dapat merasa balik buat event-event macam dulu.

Achik seorang yang aktif melibatkan diri dalam acara-acara atau kelab peminat yang mempunyai minat sama sepertinya.

“Tak sangka pula bila share video tu, ramai yang puji dan kongsi minat mereka yang sama seperti saya. Apa-apa pun saya harap kepada peminat mengumpul patung ni, jangan abaikan tanggungjawab atau buat sesuatu yang boleh mengundang masalah lain sampai anak dan isteri terabai.

“Nasihat saya, ambil hati dengan ‘beli jiwa’ isteri dan anak dulu barulah beli mainan kita dan paling penting jangan bagi kantoi harga,” seloroh Achik mengakhiri ceritanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.malaysiatimes.news/

Previous articleLelaki Ini Tiba2 Azan Selepas Lihat Kelakvan Pelanggan Ini Di Kedai Makan
Next article[VIDEO] Mira Filzah Makin Cantik Bila Sarat Meng4ndung 8 Bulan, Ini Tempoh Cuti Yg Diambil Selepas Bers4lin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here