Home Petua Tips “Putera Tersayang Kami…,” – Mira Filzah & Suami Wujudkan IG Untuk Wan...

“Putera Tersayang Kami…,” – Mira Filzah & Suami Wujudkan IG Untuk Wan Khair Amir, Kini Ada Lebih 30,000 Followers!

68
0

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki seminggu lalu mended4hkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.

Menerusi Instagram, Bintang Paling Popular di  Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi nama permata hati iaitu, Wan Khair Amir.

Apa yang menarik, Mira turut berkongsi akaun Instagram Wan Khair Amir dan hasil tinjauan, ia sudah pun mempunyai lebih 30,000 pengikut.

Sementara itu menerusi posting sama, Mira turut mended4hkan ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arw4h Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu pada Januari lalu, Wan Emir mengesahkan isterinya berbadan dua selepas berbulan menyimpan rahsia.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.

Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous articleDihalang Masuk Rumah Sendiri Sebab Tunggakan Yuran ‘Maintenance’, Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar Guna Tangan
Next articleJadi Wali Nikahkan Kakak, Remaja Seb4k Kuatkan Diri Gantikan Allahy4rham Bapa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here