Home Petua Tips Ramadan tiba tapi tak boleh puasa, jejaka hid4p k4nser tahap 4 r1ndu...

Ramadan tiba tapi tak boleh puasa, jejaka hid4p k4nser tahap 4 r1ndu solat Tarawih… 12 sesi kemoterapi tapi belum nampak ‘cahaya’

59
0

Kehadiran bulan suci Ramadan pada tahun ini membawa pengertian yang berbeza buat seorang pejuang k4nser dari Sarawak.

Menurut Irsyad Iskandar Sukiman, 20, hatinya s4yu apabila terkenang pengalaman Ramadan tahun-tahun sebelum ini ketika dia masih sihat seperti insan normal yang lain.

Senang disapa Irsyad, dia mengakui hidupnya berubah 360 darjah sejurus didiagnos mengh1dap k4nser limf0ma tahap empat pada September tahun lalu.

“Saya mula mengalami simptom sejak April 2021. Pelik, saya tak boleh tidur malam, kerap berpeluh waktu malam walaupun pasang aircond. Saya juga alami s4kit d4da dan susah nak bernafas.

“Apabila pergi klinik, doktor kata ada kaitan dengan otot sebab saya selalu main badminton. Tapi saya syak benda lain. Akhirnya pada Ogos, saya pergi jumpa doktor pakar. Pada 17 September, doktor sahkan saya menghidap hodgkin lymphoma tahap empat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Awalnya memang saya rasa down. Saya masih muda, banyak lagi cita-cita yang nak dikejar. Saya tak sangka akan kena k4nser sebab saya aktif bersukan. Setiap hari training badminton,” ujarnya kepada mStar.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia sudah menjalani 12 sesi kemoterapi, namun ia tidak menunjukkan sebarang tanda positif.

irsyad21

Irsyad s4yu menyambut ketibaan Ramadan tahun ini.

Kini, dia sedang dalam persiapan untuk menjalani sesi kemoterapi seterusnya, sekali gus menjadikan Ramadan kali ini kurang berseri seperti kebiasaan.

“Ini Ramadan pertama saya sebagai pes4kit k4nser. Rasa agak sed1h kerana saya tak digalakkan berpuasa, ris4u makin kurus, nanti tak bagus untuk buat kemoterapi.

“Kalau tahun sebelum ini, memang saya dah plan nak tarawih di masjid mana, nak pergi bazar Ramadan, nak makan kat luar dengan keluarga. Tapi kali ini sangat berbeza. Saya juga tak digalakkan ke tempat yang ada orang ramai.

“Saya suka makan sushi, tapi sejak kena k4nser, saya dah tak boleh makan benda mentah. Banyak benda saya tak boleh makan. Bab baju raya pun saya tak fikir. Saya hanya nak fokus pada diri, nak sihat dulu, baru ada semangat nak raya,” ujarnya yang menetap di Kuching.

Sejak umur sembilan tahun saya training namun terp4ksa berhenti main badminton pada tahun lepas.

IRSYAD

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Irsyad berkata dia aktif bermain badminton sejak berusia sembilan tahun dan memasang angan-angan untuk bergelar atlet suatu hari nanti.

Sepanjang zaman remajanya, dia juga aktif menyertai pelbagai pertandingan sehingga terpilih mewakili Sarawak dalam sukan itu.

“Sejak umur sembilan tahun saya training. Saya akhirnya berhenti main badminton pada tahun lepas. Saya nak masuk Akademi Badminton Malaysia, tapi sekarang saya tak dapat capai impian itu.

“Setiap hari saya training, saya seperti tak percaya akan kena k4nser. Rupa-rupanya, kanser ni kalau nak hidup, ia tak tengok kita bersukan atau tidak,” ujarnya lagi.

irysad3

Irsyad aktif bermain badminton sejak berusia sembilan tahun.

Namun, Irsyad tetap berharap dia diberi kesembuhan dan dapat membuat comeback dalam sukan itu suatu hari nanti.

Kisah Irsyad sebagai pejuang k4nser meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi video menerusi aplikasi TikTok.

Selain meraih ratusan ribu tontonan, Irsyad juga dihujani dengan kiriman doa netizen yang mengharapkan dia diberi kesembuhan segera.

“Saya terharu ramai yang doakan saya. Ada yang turut men4ngis sebab kesiankan saya. Video itu saya hasilkan untuk beri semangat pada diri sendiri.

“Ramai juga pejuang k4nser lain yang bagi komen dan kata-kata semangat. Jadi saya rasa tak bersendirian dalam perjuangan ini. Dalam bulan puasa, saya perbanyakkan doa agar dapat sihat semula,” ujarnya mengakhiri bicara.

Bagi mereka yang mahu membantu meringankan beban Irsyad, dia boleh dihubungi melalui talian 01125161615.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam D4kapan
Next articleDuit Dalam Bank Tinggal RM250 Saja!, AC Mizal Ded4h Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti Canai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here