Home Petua Tips “Rumah Hanyut, Lumpur Tebal, Elektrik Putus – Ika Nabella Lega Suami Dapat...

“Rumah Hanyut, Lumpur Tebal, Elektrik Putus – Ika Nabella Lega Suami Dapat Dihubungi, Mohon Bantu Area Sg Lui

81
0

Pelakon Ika Nabella meluahkan rasa syukur selepas dapat menghubungi suaminya yang keluar menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Menurut Ika, suaminya memaklumkan keadaa di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat sangat menyedihkan dan memerlukan lebih banyak bantuan.

“Alhamdulillah, suami saya kembali. Alhamdulillah. Keadaan di Sg Lui sangat menyedihkan. Rumah tinggal tangga, ada rumah yang dihanyutkan banjir, lumpur yang sangat tebal.

“Bekalan elektrik terputus, tiada coverage dan tiada bekalan air bersih. Mereka kekurangan seluar, kain pelikat, kain batik,” maklumnya diruangan Insta Story.

Tambah Ika lagi, kawasan Sg Lui kurang mendapat liputan kerana terputus jaringan internet.


“Mereka memerlukan tenaga untuk bantu membersihkan kawasan yang sangat teruk. Kawasan Sg. Lui kurang mendapat liputan kerana tiada jaringan internet. “Emosi mereka sangat terganggu, ada yang meninggal,” maklumnya.

Terdahulu, suami Ika, Muhammad Zaid Aznam juga merupakan antara yang terlibat dengan misi menyelamat m4ngsa banjir di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat sejak semalam.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Memang minat 2 artis ni…”Video Izara Aishah & Neelofa dapat pujian netizen,
Next articleAnak dapat pengajaran selepas sanggup ‘g4duh’ dengan ibu nak minum air kotak ‘taste not good’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here