Home Petua Tips Rumah Sharifah Shahirah jadi pusat transit barang bantuan m4ngsa banjir, rakan artis...

Rumah Sharifah Shahirah jadi pusat transit barang bantuan m4ngsa banjir, rakan artis hulur sumbangan minta simpan rahsia

82
0

SELEPAS seminggu negara dikejutkan dengan insiden banjir teruk di beberapa kawasan di Lembah Klang, pelbagai usaha terus digerakkan untuk membantu mereka yang terkesan.

Bagi penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah, dia menggunakan platform media sosial sebaik mungkin bagi berkongsi maklumat berkaitan kepada orang ramai.

Berdasarkan semakan mStar di Instagram Shahira atau lebih mesra disapa Shiera, ruangan feed dan Instastory aktres itu dipenuhi dengan info berkaitan banjir dan jenis bantuan yang diperlukan.

“Seperti mana saya bantu mangsa banjir yang berlaku di Pahang pada tahun lepas, tetapi kali ini agak meluas dan mengejut. Saya tak tahu sejauh mana bantuan ini pergi, tetapi kita tolong mana yang mampu.

“Ramai sangat yang memberi respons di DM (direct message) untuk minta bantuan, saya cuba sebaik mungkin untuk membalas dan bertanya kepada mereka apa lagi barang yang diperlukan.

k,jll

Antara barang yang berjaya dikumpulkan di kediaman Shiera untuk diagihkan kepada m4ngsa banjir.

“Memandangkan saya sibuk dengan kerja, jadi saya akan repost mana yang sempat dulu. Sumbangan yang dihantar ke rumah saya akan diagihkan kepada kumpulan yang bergerak ke kawasan terjejas ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shiera memberitahu ramai rakan artis turut menghulurkan bantuan melaluinya untuk disampaikan kepada m4ngsa banjir.

“Ramai juga rakan artis yang memberi sumbangan daripada segi barang keperluan dan juga wang ringgit untuk m4ngsa yang terkesan dengan bencana banjir ini.

“Tetapi mereka semua tak mahu saya ded4hkan nama, katanya ini antara diri mereka dengan Allah sahaja,” katanya.

Sekarang ini mereka lebih memerlukan barang-barang bagi meneruskan kehidupan pasca banjir.

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Dalam pada itu, salah seorang daripada pendengar setia Suria FM juga menyumbangkan pakaian dalam kepada Shiera untuk diagihkan kepada m4ngsa banjir.

Kata isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini, dia memikirkan tentang keselesaan mangsa banjir yang sudah lama berada dalam keadaan basah.

“Pakaian dalam memang sudah jadi viral sejak tahun lepas lagi. Apabila kita dah rasa sendiri duduk di tempat banjir, barulah terdetik alangkah bagusnya kalau ada pakaian yang bersih dan kering.

fgfhjnbkkuuuu

Salah seorang daripada pendengar radio Suria FM yang memberi sumbangan.

“Sebab apabila sudah lama berada dalam keadaan yang basah, pasti kita akan rasa tak selesa.

“Sekarang ini mereka lebih memerlukan barang-barang bagi meneruskan kehidupan pasca banjir seperti cerek untuk memasak air panas. Kalau ada termos pun elok juga untuk menyimpan air panas bagi mereka yang nak buat susu anak sementara duduk di PPS,” ujarnya.

Sebelum ini, Shiera juga pernah menjadi salah seorang mangsa banjir apabila terkandas ketika sedang bercuti bersama keluarga di tanah persendirian miliknya di Ulu Dong, Raub, Pahang pada Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleGraduan UIA memang penjual tilam tegar, belajar menjahit sampai ke Indonesia… tapi ada mesej pelanggannya buatkan usahawan ini tersent4k
Next articleAda Ford Raptor F-150, Wak Doyok Bagitahu Kenapa Dia Tak Sanggup Bawa Keluar Bila Hujan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here