Home Petua Tips Samping ke selendang? Penata gaya tak kecil hati ditvduh perosak tradisi, ded4h...

Samping ke selendang? Penata gaya tak kecil hati ditvduh perosak tradisi, ded4h cerita sebenar di sebalik perkongsian video baju raya

85
0

FESYEN baju raya turut menjadi perhatian dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri.

Selain busana tradisional, pasti ada dalam kalangan kita yang berani tampil bergaya dengan imej unik dan pelik.

Tidak terkecuali seorang penata gaya berusia 28 tahun yang menyvntik elemen moden dalam fesyen lebaran kali ini.

Menurut El Helmi Khir, dua daripada lima helai baju raya miliknya yang ditonjolkan menerusi video di laman sosial menerima krit1kan ramai.

“Secara asasnya, ia bukanlah baju Melayu tetapi merupakan baju raya. Saya sebagai stylist sudah tentu nak tunjuk kelainan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Baju raya warna biru yang saya pakai memang oversize. Saya pula tubuh kurus dan tinggi, jadi memang suka pakai oversize.

“Baju kedua yang berwarna silver pula saya custom made. Bila saya masukkan baju dalam seluar, ada mata yang tak gemar.

“Bila saya letak samping pada bahu, mereka kata macam selendang. Kalau ikutkan semua ada lima pasang. Tapi sempat bergambar dua pasang saja,” jelasnya.

el4

El menerima komen netizen dengan hati terbuka.

Senang disapa El, dia bagaimanapun tidak berkecil hati dengan kec4man netizen, sebaliknya menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tambah El yang pulang beraya di Ipoh, Perak, dia juga peka dengan segelintir komen yang memperkatakan mengenai karakternya dan menganggap ia sebagai lumrah di media sosial.

“Mungkin juga mereka kecam kerana kapsyen. Saya tulis kalau asyik sama je bila nak moden. Sebenarnya ia untuk OOTD (outfit of the day) saja, tak la nak keluar pakai macam tu.

“Rata-rata yang komen budak-budak. Saya tak ambil hati. Walaupun ditvduh rosakkan tradisi, saya terima teguran dengan hati terbuka. Kita berkarya, pasti ada yang suka dan tak suka. Yang tak suka nak buat macam mana.

“Saya minat. Asalkan ia tak terkoyak, terbelah, tak menjolok mata dan saya pun selesa. Ada juga yang komen mengenai karakter lembut saya. Awalnya memang terkejut tapi saya kemudian abaikan saja.

“Kalau asyik fikirkan kata-kata orang, kita tak akan boleh pergi ke mana-mana sampai bila-bila, asyik rasa limit saya. Saya rasa tak salah pakai pakaian lama dengan elemen moden. Benda tradisi yang anak muda pakai, kita sepatutnya sokong,” ujarnya.

el3

El pulang ke Ipoh, Perak sempena lebaran kali ini.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia turut menyifatkan terdapat hikmah di sebalik kec4man yang diterima.

Dek penangan video tular, El yang menetap di Cyberjaya menerima mesej beberapa individu yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai penata gaya pada masa akan datang.

“Dalam ramai yang komen negatif, ada juga orang direct message (DM) minta saya gayakan stail mereka. Jadi ada juga positifnya.

el 1

Tangkap layar komen di TikTok.

“Nasihat saya, pakailah apa saja yang kita suka, asalkan ia tidak keterlaluan. Kena ingat kita hidup tak lama, kita buat untuk diri kita bukan orang lain.

“Kalau fikir apa orang cakap, rasa takut-takut, sampai bila-bila kita akan ada pada fasa yang sama. Kena cuba benda baru. Kalau selesa, pakai saja.

“Mereka komen neg4tif, saya kat rumah gembira makan lemang. Mereka s4kit hati, kita gembira,” ujarnya berseloroh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :Sumber: Mstar

Previous article“Sepatutnya Mac Lalu Tapi Isteri Pula Kena Cvdl9,” – Haqiem Rusli & Anis Sofea Bakal Ke Turki, Berbulan Madu
Next articleLebih 20 Tahun Berlalu, ‘Anak’ Shah Rukh Khan & Kajol Kini Antara Personaliti Terkacak Bollywood!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here