Home Petua Tips “Sepatutnya Mac Lalu Tapi Isteri Pula Kena Cvdl9,” – Haqiem Rusli &...

“Sepatutnya Mac Lalu Tapi Isteri Pula Kena Cvdl9,” – Haqiem Rusli & Anis Sofea Bakal Ke Turki, Berbulan Madu

109
0

Teruja sambut lebaran pertama kali sebagai pasangan suami isteri, penyanyi Haqiem Rusli dan cinta hatinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri juga kini menghitung hari untuk terbang ke Turki.

Kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-33 itu, mereka akan terbang ke lokasi berbulan madu pada raya ke sembilan sekaligus mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Tahun ini, saya dan isteri sepakat beraya di Hulu Langat, Selangor. Selepas berbincang, kami akan terbang ke Turki selama dua minggu.

“Sepatutnya bulan Mac lalu kami sudah ke sana, tapi isteri pula kena CVDI9. Jadi ia ditunda. Selepas kahwin, kami hanya sempat ke Port Dickson saja,” kata Haqiem.

Justeru, penyanyi lagu Mimpi itu dan isteri mahu memanfaatkan raya pertama dan kedua sebaik mungkin.

Pasangan muda ini berkahwin pada 19 November tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℕℝ- (@haqiemrusli98_)

“Perasaan berbeza dan membahagiakan juga kerana merasai nikmat beraya dengan status suami. Kebetulan mak dan ayah isteri saya pun rapat dengan keluarga, jadi mereka pun turut beraya sama di Hulu Langat.

“Tambahan ibu dan bapa mentua tinggal di Setapak, jadi ia memudahkan perancangan kami. Semakin riuh juga kerana 10 adik beradik ibu saya pun akan datang beraya. Baju raya pun tetap bertema dan sedondon macam saya hidup bujang dulu,”katanya lagi.

Bercakap soal cahaya mata, pemilik restoran steam boat, Santhai Village itu memaklumkan isterinya belum berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℕℝ- (@haqiemrusli98_)

“Soal anak belum ada rezeki lagi. Masih merancang, tapi kami tak tolak rezeki. Kami seboleh-bolehnya nak nikm4ti momen berdua dan mengukuhkan keserasian.

“Ada waktu bersama, kami masak bersama di dapur contohnya. Ikutkan usia saya baru 24 dan isteri, 20, itu masih terlalu muda. Tapi kami bersedia nak lalui fasa hidup dengan anak.

“Cuma tak mahu tergesa-gesa. Biarlah relaks setahun lagi. Mungkin tahun depan, boleh berusaha ke arah itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem turut merancang untuk menghasilkan lagu baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℕℝ- (@haqiemrusli98_)

“Selepas lagu Hitam Saksi Putih yang saya dedikasikan isteri, karya seterusnya berjudul Aku Hati Perasaan akan dilancarkan selepas raya nanti.

“Lagu ini sebenarnya saya peram sejak empat tahun lalu. Ia berkonsepkan pop balada dengan sedikit sentuhan Brit Pop seperti karya nyanyian kumpulan seberang, Noah.

“Lagu ini mengenai soal perasaan yang ditujukan kepada sesiapa yang pernah menyakiti hati saya. Ia ditujukan secara rawak sama ada kepada kawan mahupun netizen. Liriknya bercerita fasal insan yang tak ‘ngam’ dengan kita,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous article[VIDEO] Gelagat Achey buat ‘trend’ Tiktok secara ‘manual’ buat ramai terhibur
Next articleSamping ke selendang? Penata gaya tak kecil hati ditvduh perosak tradisi, ded4h cerita sebenar di sebalik perkongsian video baju raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here