Home Viral “Saya ada tegur dia”,Akhirnya Ayah Siti Sarah Dedah Perangai Shuib Sejak Khwin...

“Saya ada tegur dia”,Akhirnya Ayah Siti Sarah Dedah Perangai Shuib Sejak Khwin Dgn Watie

263
0

“Saya ada tegur dia”,Akhirnya Ayah Siti Sarah Dedah Perangai Shuib Sejak Khwin Dgn Watie

GENAP sebulan Shuib mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Watie, bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah mengakui gembira melihat kebahagiaan menantunya itu.

Kata Raisuddin, dia seronok melihat Shuib melalui kehidupan baharu bersama isteri dan anak-anak.

“Setahun lebih arwah (Sarah) tiada… Shuib tak boleh makan, tak tidur. Kita sanggup ke tengok dia macam tu?

“Bukan benda pelik kalau kahwin selepas kematian pasangan sebab setiap orang itu ketentuannya berbeza.

“Saya beritahu Shuib kalau dah ada (pengganti) cakap sahaja, biar saya yang pinang. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri, jadi kalau dah anak kenapa saya nak sedih apabila dia nak kahwin,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Raisuddin menyifatkan Watie seorang wanita yang cukup istimewa kerana memahami situasi sedang dilalui Shuib.

Sebagai rekod, Pelawak dan penyampai radio, Shahmira Muhamad, 38, atau Shuib, sah menjadi suami kepada usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, atau Watie, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di Putra Glass House, Putra Heights di sini, disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali, pada jam 8.48 malam tadi.

Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Shuib menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Pasangan pengantin memilih pakaian rona putih gading ciptaan Fizi Woo pada majlis berkenaan.

Sementara itu pada acara membatalkan air sembahyang, Shuib menyerahkan sebentuk cincin dan sejambak bunga sambil diiringi lontaran vokal, Lah Ahmad yang mendendangkan lagu Ayu.

Kira-kira 600 tetamu hadir bagi meiinyaksikan majlis penuh bermakna itu.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Turut hadir, pakar motivasi, Datuk Fadhilah Kamsah; pendakwah, Ustaz Don dan Asyrad Ridzuan.

Antara selebriti hadir adalah Fad Bocey, Nabil Ahmad, Sharifah Shahirah, Dafi, Fasha Sandha, MK, Zara Zya dan ramai lagi.

Majlis pernikahan itu mendapat tajaan hampir RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.

Perkenalan Shuib dan Watie yang berputik melalui media sosial, Instagram (IG), akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

Shuib sekarang bahagia bersama Watie

Shuib dan Watie bertunang pada majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Kenapa tak der hadiah kereta untuk Bell Ngasri” netizen komen, sekali penaja ABPBH buka mulut
Next articleBaru je dapat kereta semalam, tak sangka ini lagi hadiah yang Bell Ngasri dapat,lebih mewah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here