Home Petua Tips “Dulu Pelan Skg Kuat Tu Yg Saya Mai” Tvlar Makcik Ini Dtg...

“Dulu Pelan Skg Kuat Tu Yg Saya Mai” Tvlar Makcik Ini Dtg Svrau Tak Puass Hatl Azan Kuatt Sngat, Skali Jiran Tmpil Beritahu Prkara Sebenar

165
0

Umum tahu Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk yang terdiri dengan pelbagai bangsa dan agama. Mengh.ormati satu sama yang lain sudah menjadi kewajipan setiap individu di negara ini.

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh peng.anut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu.

Tular di media sosial hari ini satu klip video menunjukkan seorang wanita berusia datang ke surau untuk meminta pihak surau memperlahan bunyi speaker surau.

Kebanyakkan netizen telah diberi maklumat bahawa makcik ini datang ke surau kerana tidak tahan dengan bunyi azan yang terlalu kuat.

Posting yang menjadi tular ini bermula dengan perkongsian video daripada seorang individu ini mendapat jumlah tontonan berpuluh ribu dalam masa beberapa jam

Rata rata meluahkan rasa mrah dan tidak puas hati kerana sangkakan makcik ini betul betul mrah kerana bunyi azan kuat.

Di dalam video tersebut berlaku sedikit pertelingkahan sehingga pihak surau ingin membuat laporan polis kerana makcik itu telah menceroboh surau dan memperlahan audio.

Tengok video ni dulu ..

 

 

Jika dengar betul betul video ini, jelas kedengaran bahawa makcik ini bukan marah kerana azan tetapi bacaan Al-Quran terlalu kuat.

APA SEBENAR YANG BERLAKU

Seorang individu telah tampil untuk menceritakan apa sebenar yang berlaku. Posting asal kenyataan ini tidak dijumpai. Kenyataan ini juga telah tular di media sosial dan selepas itu baru ramai sedar apa yang berlaku.

‘Silap info rsanya tuan2 puan2…video ni pn hnya dambil sekerat dan sebelah pihak shj…jga2 jari yg menaip jenuh nk mntk ampun kalu jtuh fitnah.

“Saya bjiran dgn cikgu ni…taw la serba ckit cita ni….perkara ni dh lama dh…cuma video ni bru drkam….dan bukan azan yg dmntk slow…sbnaqnya dia mntk slow bcaan al quran waktu asar shj kerana dia sekrg lecturer dan waktu tu dia da kelas online yg perlu dia buat waktu solat lain xdk mslah pn bcaan alquran waktu solat lain pn xdk mslah nk buka…

Rumah dia xjauh pn dri surau dan dia dok rumah ni dh 35thun dh dan runah yg cikgu ni beli dekat ja dgn surau 1mnit pn xsmpai jln kaki…xdk isu bab dia xleh dgaq azan…hahaha….isu skrg waktu kjdian speker dpsang maximum waktu bcaan alquran waktu asar dan cikgu ni da klas online universiti.

Pihak jbtan agama yg swoh ckgu ni p brbncang dgn phak surau…dan pbncangan ni dh 13x kata cikgu ni…sblum ni xdk mslah cuma waktu kjdian tu shj yg jd mslah sbb ckgu ni bekerja..sbnaqnya prkara ni kena bncang leklok antara sesama ajk surau dan pihak cikgu ni..stkat tu jela info yg dpt…tqvm”

 

PENJELASAN MUFTI PERLIS TENTANG BACAAN AL QURAN KUAT

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan — selain azan — yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut:

 

 

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..

Boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”.

(Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk.

Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid.

Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak. — http://drmaza.com/
______________________
* Tulisan ini dipetik daripada blog Minda Tajdid pada 15 Januari 2011.

Sumber : www.awatttsyeikhh

Previous articleShaarnaz ucapkan tahniah kpd bekas isteri. Sekali adik Nabila masuk komen sampai netizan suruh dia kahwin
Next articleV1ral Najib L4nggar SOP Dan Polis Akn Panggil Najib.Tapi Tindakan Najib Buat Ramai Respek

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here