Home Viral “Saya nak jelaskan isteri saya” Fauzi Nawawi luah rasa kecewa setelah perkara...

“Saya nak jelaskan isteri saya” Fauzi Nawawi luah rasa kecewa setelah perkara ini berlaku

218
0

“Saya nak jelaskan isteri saya” Fauzi Nawawi luah rasa kecewa setelah perkara ini berlaku

Pelakon Fauzi Nawawi tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan isterinya, Lisdawati mengenai dakwaan tiada tawaran berlakon selama empat tahun selepas mengenakan hijab.

Ketika ditemui ditemu bual, Fauzi berkata kenyataan tersebut telah disalah erti oleh orang ramai disebabkan tajuk yang digunakan pada berita berkenaan adalah kurang sesuai.

Lihat video

Jelas Fauzi, niat isterinya mengeluarkan kenyataan terbabit sekadar mahu berkongsi cabaran yang dihadapi selepas dia memilih untuk berhijab sepenuhnya beberapa tahun dahulu.

Saya nak jelaskan perkara sebenar, ketika kenyataan itu dibuat, isteri saya pergi ikut ke Mic On (pertandingan nyanyian) dan ditemu bual tentang situasi artis perempuan yang bertudung kemudian buka.

Isteri saya hanya ingin beri inspirasi di mana pada mula-mula dia berhijab dulu, sehingga empat tahun tiada tawaran berlakon, tiada shooting. Namun headline yang dikeluarkan portal tersebut telah disalah erti.Memang saya akui, awal-awal dia bertudung dulu berlaku kejadian tersebut sampai dia rasa sedih. Tapi dia ambil ujian itu sebagai cabaran untuk diri sendiri.

Setiap kali mahu mendekatkan diri dengan Allah, ada perkara lain yang akan menjauhkan diri kita dengan-Nya. Berkat sabar dia, ada sahaja tawaran yang dia terima selepas itu. Isu yang berlaku adalah salah faham sahaja daripada tajuk yang dikeluarkan.

Fauzi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, pada Selasa.

Dalam masa sama, aktor berusia 50 tahun itu akui maruahnya sedikit tercalar selepas membaca berita berkenaan. Bagaimanapun, isterinya yang juga aktres memilih untuk tidak mengambil serius.

Reaksi isteri saya bila keluar kenyataan sedemikian, dia bersikap biasa sahaja. Malas untuk mengambil serius sangat. Tapi untuk saya sendiri, bila baca tajuk sedemikian, maruah saya tercalar sebagai seorang suami.

Mustahil bila keluar berita macam itu saya tidak baca. Bila saya baca lagi komen-komen negatif netizen, memang terasa. Masyarakat sekarang pula lebih suka mencerca daripada membaca.

Sementara itu, Fauzi turut menafikan dakwaan mengatakan harta miliknya telah digadaikan serta kereta telah ditarik.

Alhamdulillah, sekarang ini saya duduk rumah yang selesa, kereta saya pun dah habis bayar. Cuma kereta isteri saya ada hutang lagi dengan bank. Tapi dakwaan kereta ditarik itu tidak pernah berlaku. Sejak kami berkahwin tak pernah kena tarik.

Kalau kereta kena tarik mesti dah kecoh, jiran-jiran saya semua mesti komen dekat posting tersebut. Saya juga tidak perlu pamerkan kemewahan saya. Saya hanya perlu kongsikan kerjaya sahaja.

Sumber : tiktok,sinetronmalaya

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Saya reda” akhirnya perkahwinan selama 34 tahun berakhir,ND Lala sudah lafaz cerai pada ibu Shila
Next article“Yusry sudah buat hal” sekali Lisa Surihani dedah perangai Yusry buat ramai terkedu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here