Home Petua Tips “Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain…” – Liek Hou...

“Saya Percaya Dalam Rezeki Saya Ada Rezeki Orang Lain…” – Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran RM1.1 Juta

79
0

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berhasrat mahu berkongsi rezeki selepas menerima ganjaran RM 1 juta, bersama insan yang memerlvkan.

Liek Hou berkata, itu perkara pertama yang akan dilakukan sebaik menerima ganjaran tersebut seperti dijanjikan dalam Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) susulan kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Sabtu lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia memang sudah merancang untuk melakukan amal kebajikan menggunakan sebahagian daripada insentif berkenaan.

“Saya akan beri bantuan kepada mana-mana rumah kebajikan yang memerlukan menggunakan sebahagian daripada ganjaran itu.

“Ini sesuatu yang memang saya sudah lama rancang, saya percaya dalam rezeki saya, ada juga rezeki orang lain,” katanya kepada BH Sukan.

Selain ganjaran RM1 juta daripada SHAKAM, Liek Hou juga akan menerima insentif tambahan sebanyak RM100,000 daripada FWD Takaful.

Liek Hou yang berasal dari Kuala Lumpur mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi emas dalam sukan itu di Paralimpik.

Dia yang beraksi bagi kategori SU5 muncul juara selepas menvmbangkan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 pada aksi final di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Gempak

Previous article“Raih Beribu Ucapan Tahniah di Ruangan Komen..” -Tunjuk Video Scan Kandungan, Didie Alias HamiI Lagi??
Next article“Live Bacaan Doa Dan Yassin” -Sekali Eina Azman Ded4h Keadaan Suami, Ustaz Haslin Terus Bagi Nasihat Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here