Home Petua Tips “Saya Pun Macam Selesa Atas Katil Sorang2” – Zizan Sempat Lagi Buat...

“Saya Pun Macam Selesa Atas Katil Sorang2” – Zizan Sempat Lagi Buat Lawak Bila Ada Cakap Dia Memilih Sangat

94
0

” Saya tengok mereka yang pernah dikaitkan dengan saya bahagia dengan kehidupan masing-masing, saya pun turut tumpang berasa bahagia buat mereka..”

Demikian kata-kata pelakon, pelawak dan usahawan terkenal, Zizan Razak yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular wanita tanah air sepanjang 15 tahun bergelar seorang anak seni.

Kata Zizan, bukan bermaksud untuk mengungkit kisah cinta lama yang tidak kesampaian, namun catatan kali ini sekadar sebuah kenyataan, betapa beliau juga seorang lelaki bujang yang tetap setia menanti jodoh.

Meskipun fasa penting dalam kehidupan ‘lelaki’nya belum berkunjung, jauh lagi ‘dikuncikan’ dengan satu ikatan yang sah, Zizan atau nama lengkapnya, Muhd. Razizan Abd. Razak tidak mengalah.

Bakal menginjak usia 38 tahun pada Mei nanti, Zizan sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa jelitawan popular seperti Emma Maembong, Che’ Puan Juliana Evans dan Mira Filzah.

Menurut Zizan, beliau menumbang bahagia apabila wanita-wanita itu sudah menjadi milik lelaki lain menerusi ikatan perkahwinan.

” Tidaklah saya nak berasa tertekan semata-mata jodoh belum sampai.

” Kerjaya saya, baik dalam bidang seni dan perniagaan masih berjalan lancar. Di situ saya lepaskan tekanan isi masa lapang,” kata Zizan yang mula dikenali dalam dunia seni tanah air selepas bergelar naib juara Raja Lawak musim pertama.

Zizan yang ditemui HibGlam pada majlis prapelancaran telefilem Romp4k memaklumkan, kalau mengikut rencana hidup, sepatutnya zaman bujangnya sudah lama ditamatkan ketika berusia 25 tahun.

” Saya punya rancangan sebenarnya nak kahwin pada usia 25 tahun,” kata pelakon filem Abang Long Fadil itu yang percaya segala apa yang berlaku dalam kehidupan manusia adalah ketentuan Ilahi.

Jelasnya, manusia boleh merancang, namun Allah SWT yang menentukan segala-galanya termasuk perihal berkaitan jodoh. Barangkali kedengaran klise, namun itulah realiti yang perlu diterima semua orang, termasuk dirinya.

” Ada juga niat nak berkahwin sebelum ini tapi tak menjadi dan saya anggap itu semua adalah kerja Allah.

” Allah tak izinkan, saya tak boleh marah. Takkan saya nak marah, takkan saya nak lawan takdir dan mengamvk.

” Jadi, saya berjalan dengan apa yang ada di depan mata. Saya ada kerjaya, rezeki, saya punya restoran, bermacam-macam perniagaan dan sebagainya,” ujarnya.

Dah selesa atas katil sorang-sorang

Tidak menolak siapa pun jodohnya kelak, orang seni atau tidak, Zizan memberitahu, jika memang tiada jodoh buatnya di dunia, tiada sebab dia perlu berasa tertekan.

” Alhamdulillah, saya okey. Ada juga masa fikir kalau tiada jodoh nak buat macam mana. Kalau ada jodoh, kita jalan.

” Saya serahkan, kalau ibu kata okey dan kemudian saya juga rasa begitu, ujian ‘Puspakom dan JPJ’ lulus, kita kahwin,” katanya berselor0h seraya mengatakan keluarganya sangat memahami dirinya.

Masih berstatus bujang dan solo biarpun usia semakin menghampiri ‘four series’, Zizan mengakui disebabkan perihal tersebut dan kisah cinta terbengkalai di tengah jalan, dia dilabel kaki prempuan.

” Ada juga cakap ‘kau ni memilih sangat’. Siapa cakap begitu, dia macam lebih tahu daripada saya.

” Lepas itu, cakap saya kaki prempuan dan sebagainya, tapi saya senyum sahaja sebab banyak lagi benda saya perlu bersyukur.

” Keluarga saya macam relaks. Kalau ada, ada. Kalau tiada, sudah. Saya pun macam selesa atas katil seorang-seorang,” tuturnya.

Belum terfikir nak masuk poIitik

Melancarkan bicara, Zizan turut mengulas tentang kebarangkalian melibatkan diri dalam dunia poIitik sebagaimana prioriti kerjaya seni yang turut berubah selari dengan tanggungjawab sebagai orang popular.

Menjadi figura dikenali ramai, Zizan tidak menafikan dia terhutang budi dengan orang ramai yang menjadikan lubuk rezeki sentiasa wangi dan deras dengan dokongan tidak berbelah bahagi sedari awal kemunculan.

” Buat masa ini, saya tak pernah terfikir ke arah tersebut (poIitik). Bukan saya kata poIitik tak bagus tapi mungkin saya ada matlamat dan cara saya sendiri.

” Kawan-kawan saya macam Datuk Hans Isaac dan Datuk Afdlin Shauki, mereka mempunyai minat dan apa yang ingin diperjuangkan.

” Bagi saya, tak salah (anak seni masuk dunia poIitik). Golongan artis ada kekuatan tersendiri. Kita diangkat lebih daripada orang lain dari segi populariti,” katanya.

Zizan menghorm4ti keputusan rakan artis masuk poIitik, namun tidak pernah terlintas untuk meluruskan hasrat ke arah sama.

Sebagai anak seni, dia sedar diri dan lebih selesa berkongsi inspirasi selain berbentuk poIitik dan menyalurkan bantuan mengikut kemampuan sendiri.

” Saya suka tunjukkan hal bisnes, suka kongsi benda-benda yang saya rasa perlu saya kongsi macam ilmu agama dan sebagainya ataupun yang berkaitan tentang kerjaya sebagai anak seni.

” Kawan-kawan lain memilih ke arah poIitik, mungkin mereka mempunyai matlamat dan misi sendiri. Saya rasa itu hak masing-masing sebab negara kita sebuah negara demokrasi,” katanya menggulung bicara.

Sumber : k0smo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleBilik penuh mainan! Ramai kata membazir tapi pasangan ini ada sebab tak berhenti membeli… tahniah, kini anak sulung speech delay lebih peka
Next article“Lambat Atau Cepat, Yang Penting Percaya Pada Proses,” – Sherry Alhadad ‘Update’ Figura Terkini, Wow!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here