Home Petua Tips Bilik penuh mainan! Ramai kata membazir tapi pasangan ini ada sebab tak...

Bilik penuh mainan! Ramai kata membazir tapi pasangan ini ada sebab tak berhenti membeli… tahniah, kini anak sulung speech delay lebih peka

106
0

LAZIMNYA ibu bapa zaman sekarang suka memanjakan anak-anak dengan menghadiahkan gajet mahupun set gaming sedari usia satu tahun, berbanding memberikan mainan yang dapat membantu perkembangan tumbesaran.

Ekoran itu, kebanyakan kanak-kanak hari ini berdepan masalah ket4gihan peranti yang melampau sehingga sukar dipisahkan selain tidak tahu bersosial dengan cara betul.

Mengambil pendekatan berbeza, Sirajuddin Isa dan isterinya Farahnatasya Abu Bakar masing-masing berusia 29 tahun, menganggap menyediakan barang mainan adalah langkah terbaik kerana ia dapat membantu tumbesaran anak-anaknya seperti yang disarankan pakar.

Langkah pasangan itu mendapat sokongan netizen apabila video pendek dengan caption ‘ingat rezeki anak takkan pernah putus’ tular di media sosial dan ditonton lebih 640,000 individu.

Beberapa komen usikan turut ditinggalkan netizen seperti ‘ibu yang macam ni, biasanya dia nak beli memory time kecil-kecil, dulu dia tak merasa ada mainan cantik-cantik’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Bercerita mengenainya, ujar Sirajuddin yang menetap di Kampung Bukit Raja Pengerang Johor, dia sanggup berbelanja demi menyediakan barang mainan berunsurkan pembelajaran dan ruang kondusif serta selesa untuk keluarga tercinta, walaupun pendapatan bulanannya tidaklah semewah orang lain.

“Saya bekerja sebagai pemandu Rapid di Pengerang. Alhamdulillah buat masa ni… tapi ada ketikanya tak cukup tapi saya percaya dengan rezeki anak InsyaAllah cukup… isteri saya pun berniaga online jual baju tidur untuk bantu saya.

Farahnatasya mengajar anaknya mengenali warna dan menulis.

Farahnatasya mengajar anaknya mengenali warna dan menulis.

“Isteri pun banyak gunakan pendapatannya sendiri untuk reward anak-anak… tak sepenuhnya dari saya,” ujarnya yang mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Thaqif Mirza (1 tahun 10 bulan) dan Awfiyah Mikayla yang baru berusia lima bulan.

Berkongsi tentang kepelbagaian barang mainan untuk si cilik, ujarnya, kesemua mainan tersebut dibeli dan disediakan selepas mendapat dorongan daripada isterinya.

“Isteri terlalu minat dengan mainan kanak-kanak dan sejak anak berusia lima bulan lagi dia suka lebihkan anak pada mainan daripada menghadap telefon.

Ruangan khas untuk bermain disediakan.

Ruang khas untuk bermain disediakan.

“Ada juga bagi anak telefon tetapi tak kerap, bila diberi mainan dan telefon dia lebih pilih mainan.

“Alhamdulillah sampai sekarang dia memang jarang tengok telefon. Kat rumah pun kadang-kadang buka YouTube di televisyen.

“Saya setuju dengan cara tersebut kerana apabila lebihkan anak pada mainan, mereka akan lebih cepat belajar mengenal huruf, nombor dan warna.

Antara netizen yang menyokong tindakan Sirajuddin.

Antara netizen yang menyokong tindakan Sirajuddin.

“Banyak mainan dibeli untuk tujuan pembelajaran… bukan hanya mainan kosong,” ujarnya yang turut menerima hadiah mainan daripada sahabat handai dan ahli keluarga selain membelinya di premis serbaneka atau kedai bundle.

Berkata lanjut tentang tujuan pembelajaran, dia memaklumkan bahawa Thaqif Mirza lambat bercakap tetapi selepas isteri selalu ajak bermain sambil mengajar sebutan yang betul, dia sudah boleh bercakap sikit-sikit.

Katanya, dari umur Thaqif Mirza lapan bulan, isteri selalu main sambil ajar kenal huruf, nombor dan warna tetapi tiada sebutan keluar dari mulut anaknya.

“Mula-mula ris4u juga sebab anak masih tak boleh cakap walaupun usia sudah melebihi satu tahun, tapi bila hari-hari ajar benda yang sama dia lebih peka dan senang tangkap. Kesan kurang gajet ialah bila kita ajar anak senang ingat.

Pakar menyatakan perkembangan anak dapat dilakukan dengan mainan.

Pakar menyatakan perkembangan anak dapat dilakukan dengan mainan.

“Saya dan isteri tahu tentang mainan bantu tumbesaran anak menerusi pembacaan dan perkongsian di intenet,” katanya yang turut menyedari anak lebih suka kepada mainan apabila sering mencari barangannya sebaik bangun tidur.

Menurut bapa yang lebih mesra disapa Siraj, tindak-tanduknya itu mendapat perhatian rakan-rakan, malah ada yang berpesan supaya jangan membazir membeli mainan untuk anak-anak.

“Ada juga orang cakap kaya bolehlah beli semua tu. Sebenarnya bukan letak pada kekayaan… ada rezeki lebih tak salah beli mainan mahal.

“Kalau tiada rezeki lebih, ada kedai jual RM2 je. Kalau reward hadiah kat kedai mainan mahal sikit kebiasannya saya beli bila saya atau isteri ada rezeki lebih. Itu pun tak lebih RM50,” jelasnya.

Tambahnya, barang mainan paling mahal yang pernah dibelikan untuk anaknya tidak melebihi RM200 dan ia adalah hadiah sempena hari lahir anak yang pertama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleNetizen Tegvr Hannah Delisha, Survh J4ga Aur4t
Next article“Saya Pun Macam Selesa Atas Katil Sorang2” – Zizan Sempat Lagi Buat Lawak Bila Ada Cakap Dia Memilih Sangat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here