“Saya Tiada Niat, Sekadar Menepati Penampilan” – Lilit Tudung Macam Biarawati, Tya Ariffin Respon Nasihat Netizen

Gaya lilitan tudung menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin mengundang pelbagai reaksi netizen apabila dikatakan mirip seperti pakaian biarawati.

Prihatin dengan gaya tudung terbabit, netizen tampil menegur cara Tya berfesyen dan menasihati agar tidak keterlaluan hingga boleh mencal4rkan imej agama Islam.

Malah, ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang membandingkan cara berpakaian Tya dengan kakak iparnya, pelakon jelita Izara Aishah.

“Sudah macam tudung biarawati. Belajarlah agama lagi Tya. Ikuti fesyen tak akan habis, bagus seperti Izara Aishah,” tulis warganet.

“Contohilah cara pakai tudung Mak Iti (Siti Nurhaliza) dan Izara Aishah. Kami sedih kak Tya tudung setengah-setengah macam ni kerana tudung ni bukan sekadar fesyen tapi tanggungjawabnya besar di hadapan Allah,” tulis pengguna lain.

“Memang trend pakai tudung sekarang macam paderi perempuan ya? Tolonglah celik sikit! Cara awak pakai tudung tu salah! Awak seorang berpengaruh, jangan sampai cara awak bertudung jadi ikutan. Tutup leher tu!” tegur individu lain pula.

Mengulas mengenai perkara terbabit, kata Tya dia memohon maaf atas gaya pakaian tudung yang mencetuskan perdebatan dan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Tya tiada niat untuk berkelakuan seperti yang diperkatakan netizen. Gaya balutan tudung tersebut sekadar menepati penampilan Tya di hari ulang tahun bapa mertua.

“Tema sambutan tersebut adalah serba putih, jadi sekiranya penampilan Tya disalah tafsir, Tya anggap ia sekadar teguran buat diri Tya dan sudah pasti Tya akan belajar daripada kesilapan.

“InsyaAllah selepas ini, Tya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yakni lebih sopan dan bersesuaian mengikut tema sesebuah majlis,” katanya kepada Gempak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)


Tya dalam satu lagi kenyataan memaklumkan, suaminya Asyraf Khalid merupakan individu utama yang menguruskan majlis tersebut bersama barisan warga Mutyara Beauty.

Kata Tya, sambutan ulang tahun itu diadakan demi menghargai jasa dan peng0rbanan bapa mertuanya dalam mendidik serta melentur suaminya sehingga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Malah, beliau juga tidak terlepas menzahirkan rasa teruja selepas mendapati mentornya Dr Azizan Osman turut sama memeriahkan majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)


“Asyraf bersama team Mutyara yang mengendalikan semua ini. Jujur, Tya amat teruja Dr Azizan Osman juga sudi hadir memeriahkan sambutan ini.

“Tak nafikan kehadiran Dr Azizan sememangnya memberi tamp4ran positif dan membuahkan rasa teruja hadir dalam diri Tya. Tanpa beliau, mungkin Tya dan suami tak mampu berdiri di tahap ini,” tambahnya.

Untuk rekod, sambutan hari lahir ke 63 itu disambut meriah oleh keluarga terdekat serta kenalan rapat. Tidak ketinggalan, majlis itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*