Home Petua Tips Tvlar Seorang Jururawat Meningg4l Sebab DiVaksin.Sekali Dr Noor Hisham Jelaskan Apa Berlaku...

Tvlar Seorang Jururawat Meningg4l Sebab DiVaksin.Sekali Dr Noor Hisham Jelaskan Apa Berlaku Pd Jururawat Itu

241
0

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada minggu lalu disahkan meningg4.al dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Seri Astana, Sungai Petani, awal pagi Rabu.

Bagaimanapun, kem4.tiannya itu disahkan tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti diaporkan BH.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 45 tahun yang mempunyai rekod penyakit darah tinggi itu meninggal dunia jam 2.45 pagi Rabu.

Katanya, wanita itu menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Mac lalu.

“Hasil temu bual bersama suami wanita itu mendapati, isterinya bertugas di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) Hospital Pulau Pinang selama hampir 20 tahun.

“Pada 12 Mac lalu, wanita itu menerima suntikan vaksin COVID-19 di tempat kerja. Dia mengadu lenguh badan dan sehingga 16 Mac (Selasa) dia masih mengadu sakit seluruh badan dan sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Adzli berkata, wanita berkenaan mengadu sakit badan dan masuk ke bilik untuk tidur pada jam 11.30 malam Selasa, namun suaminya menyedari dia tidak memberi sebarang respons ketika dikejutkan beberapa jam kemudian.

“Berikutan itu, suaminya menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan setibanya pasukan perubatan di rumah mereka, pemeriksaan mendapati wanita itu sudah meningg4.l dunia,” katanya.

Sementara itu, BH pada Khamis melaporkan, Dr Noor Hisham berkata, jururawat terbabit disahkan meningg4l dunia disebabkan penyakit yang dihidapinya.

“Jururawat berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung lima hari selepas vaksinasi, tiada kaitan dengan suntikan vaksin yang diberikan,” katanya.

astroawani

 

Sebelum ini tular berita menyatakan seorang jururawat meninggal dikatakan ada kaitan dgn suntikan vaksin

GEORGE TOWN: Seorang jururawat di Hospital Pulau Pinang meninggal dunia di rumahnya di Sungai Petani semalam, selepas jatuh sakit sejak disuntik vaksin Covid-19.

Wanita berusia 45 tahun itu, yang berkhidmat di unit rawatan rapi neonatal, ditemui m4.ti oleh suaminya di rumah mereka di Bandar Sri Astana.

Menurut kenyataan suaminya kepada polis, wanita itu mengadu lenguh selepas menerima dos pertama pada 12 Mac lalu.

Jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan itu lebih 20 tahun, menghidap tekanan da4.rah tinggi sebelum divaksin.

Empat hari selepas divaksin, beliau pada 16 Mac lalu mengadu mengalami kesukaran bernafas dan sakit di seluruh badannya.

Wanita itu masuk tidur pada 11.30 malam hari sama, sebelum ditemui meninggal dunia oleh suaminya pada 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzly Abu Shah berkata, lelaki itu segera menghubungi ambulans dan anggota paramedik mengumumkan kematiannya setiba mereka di rumahnya.

Mayat jururawat itu kemudian dibawa ke Hospital Alor Setar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang mengetuai kempen imunisasi berkata, perkara itu sedang disiasat.

“Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan konklusif ketika ini. Tolong benarkan kami menyiasat perkara ini untuk menentukan sama ada vaksin memainkan peranan dalam kematian itu,” katanya dalam sidang media di Rembau, Negeri Sembilan.

FMT

 

Previous articleNetizen dakwa Nabila & Engku Emran bergelar suami isteri esok?
Next articleRadin Era FM Keh1langan Ibu.”Bukan Jasad Shj Tapi Hilang Doa Ibu”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here