Home Petua Tips “Sebelum bercakap fikir dahulu” – Tak setuju drama Melayu ‘syok sendiri’, Yusof...

“Sebelum bercakap fikir dahulu” – Tak setuju drama Melayu ‘syok sendiri’, Yusof Haslam pula ‘sound’ Presiden Seniman

56
0

KENYATAAN k.ontroversi dikeluarkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyifatkan drama tempatan ‘syok sendiri’ diselar pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.

Menurut pemilik syarikat produksi Skop Productions Sdn. Bhd itu, kesemua drama tempatan yang diterbitkan sudah dibuat penilaian terlebih dahulu mengenai sasaran penonton sebelum ditayangkan di mana-mana stesen penyiar.

“Saya nafikan (apa yang Zed Zaidi cakap)… kita tak bolehlah kata drama Malaysia syok sendiri.

“Kalau syok sendiri takkanlah drama-drama macam Nur dapat sambutan.

Sebelum bercakap dia kena berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

DATUK YUSOF HASLAM

PENGARAH, PRODUSER

“Kita (penerbit) buat drama sebab kita ada penonton kita sendiri. Tak baguslah kita menghina karya anak bangsa sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yusof meminta agar Zed lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dikhuatiri menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tambahnya, sesuatu perkara lebih senang untuk dik.ritik berbanding melaksanakannya.

“Saya hormat dia sebagai presiden Seniman… tapi berhati-hatilah keluarkan sebarang kenyataan.

Shahrulezad bidas kenyataan Zed Zaidi.

“Sebelum bercakap dia kena berfikir dahulu agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Bercakap memang mudah… tapi untuk melaksanakan (buat drama) bukan senang,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Zed dalam satu laporan media mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap ‘syok sendiri’.

Susulan kenyataan itu, pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin tampil memb.idas dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Previous articleNeelofa ulang kes4Iahan sama, PU Riz dikritik netizen tak reti ‘didik’ isteri
Next articleBudaya “Cancel” Buat Khairul Aming Resah Setiap Hari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here