Home Petua Tips ‘Bg Keadaan Tuan Guru Haji Hadi Sekarang’ Anaknya Muhammad Khalil Jelaskan Keadaan...

‘Bg Keadaan Tuan Guru Haji Hadi Sekarang’ Anaknya Muhammad Khalil Jelaskan Keadaan Bapanya

122
0

KUALA TERENGGANU – Anak Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan bapanya kini stabil dan kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan melalui hantaran di laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

 

 

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

“Mohon doa daripada semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah, ” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian pagi ini, beliau tidak mengulas lanjut keadaan bapanya dan meminta supaya merujuk perkembangan terkini yang dimaklumkan menerusi media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya jam 7.50 malam pada Isnin kerana mengalami sesak nafas.

Menurut kenyataan itu, Pemimpin Pas berkenaan kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan jam 9.50 malam.

Difahamkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut berada ketika beliau dirawat di Hospital Putrajaya.

 

Sumber : sinarharian

Previous articleMakcik Ni Smpai MenggiigiI Slps Lelaki Itu Cakap ‘Tunggu Aku Akan Cari Kau’. Ini Punca Sebenar Kjdian
Next articleAdibah Noor Tampil Betulkan Sebutan Bahasa Inggeris Rina Harun. Sekali Ini Respon Padu PU Rahmat Pula

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here