Home Viral Selepas menikahkan Ubai sekali ND Lala bergegas pulang,rupanya ini yang terjadi

Selepas menikahkan Ubai sekali ND Lala bergegas pulang,rupanya ini yang terjadi

247
0

Selepas menikahkan Ubai sekali ND Lala bergegas pulang,rupanya ini yang terjadi

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala mengelak ditemubual wartawan pada majlis pernikahan anaknya, Shila Azmah dan Ubai Mz yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, pagi tadi.

Selepas selesai menikahkan Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, ND Lala yang memakai baju Melayu putih mengikut tema majlis, dilihat tergesa-gesa berjalan keluar dan meninggalkan majlis.

Tindakan dibuat selepas ND Lala menjadi perhatian pihak media berikutan kontroversi berkahwin dengan wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani.
ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh juga tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga.

Dalam masa sama, pihak media turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada ND Lala untuk ditemubual, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
Sementara itu, isteri ND Lala, Datin Fauziah Sarman juga enggan ditemubual oleh wartawan.

Shila, 33, selamat mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, pada jam 10.27 pagi di sebuah majlis sederhana dihadiri 250 ahli keluarga dan teman rapat.

Terdahulu, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’, Fauziah mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala bernikah seorang lagi selama ini.
Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.
Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.
Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

Lihat video

Sumber : berita harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous articleDengan sekali lafaz sah Shila Amzah jadi isteri Ubai,tapi nilai mas kahwin jadi perhatian
Next articleSetelah 20 tahun berkahwin akhirnya Amy search dedah hubungan dengan isteri,ramai terkedu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here