Home Petua Tips “Semua Seronok Berbuka Dengan Keluarga, Tapi Tidak Untuk Saya,” – Fazley Yaakob...

“Semua Seronok Berbuka Dengan Keluarga, Tapi Tidak Untuk Saya,” – Fazley Yaakob & Isteri Sedih Terpisah Meja Makan Dengan Anak-Anak

76
0

Ketibaan bulan Ramadan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat muslim di dunia.

Selain memperbanyakkan ibadah, pasti ramai diantara kita yang ingin memanfaatkan waktu-waktu di bulan Ramdan ini dengan meluangkan masa bersama keluarga.

Namun, situasi berbeza pula buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila dia dan isteri terpaksa berjauhan dengan anak-anak dek kerana jadual kerja yang agak padat.

Menurut Fazley, dia harus memberikan sepenuh komitmen untuk menjalankan tugasnya selaku cef manakala isterinya, Datin Azrene Ahmad pula sibuk untuk menguruskan bisnes yang mereka jalankan bersama.

“Salam Ramadan semua daripada saya, isteri @azrene_ahmad dan anak-anak.

Kali ini, tahun ini, walaupun semua orang seronok dapat berpuasa dengan keluarga dan berbuka bersama, namun tidak untuk saya, isteri serta anak-anak.

“Kami terpisah meja makan kerana kerja. Saya menguruskan juadah berbuka puasa untuk ratusan orang dan isteri saya menguruskan gerai-gerai jenama pakaian kami,” kongsinya di Instagram.

Lantaran itu, penyanyi lagu Bila April ini turut menyerukan kepada semua pihak untuk memanfaatkan waktu-waktu yang terluang bersama keluarga lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Buat kalian di luar sana, gunakanlah peluang yang ada untuk sama-sama beramal, maaf bermaafan, dan berkasih-kasihan sesama keluarga.


“InsyaAllah kita bertemu di salah satu dapur yang saya kendalikan. Korang berbuka nak makan apa ya? Saya cuba siapkan. Ramadan Mubarak,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Datuk Fazley dan isteri selain turut mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Komen Netizen:

Untuk rekod, Fazley dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.

Sumber : Instagram Datuk Fazley Yaakob

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : www.sinarviral.com

Previous article“Sepi Tanpa Mereka..”- Ini 8 Salebriti Yang Menyambut Ramadhan Tanpa Insan Tersayang
Next articleUsia masuk 40 tahun, Jay Iswazir t4mat zaman buj4ng. Rupanya ini pekerjaan isteri dia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here