Home Petua Tips Sering Bawa Fesyen Unik, Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen –...

Sering Bawa Fesyen Unik, Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen – ‘Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju’

76
0

Penyanyi Aina Abdul dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Sering tampil dengan fesyen luar biasa, Aina menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), baru-baru ini.

Selepas menampilkan imej seperti ‘comforter’, ‘winter coat’ dan ‘igloo’, Aina, 29, mencuri perhatian lagi pada malam kedua SFMM36.

Aina yang mempertaruhkan lagu Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar itu mengenakan busana rekaan pereka fesyen Melinda Looi.

Fesyen ‘couture’ yang menggunakan lima warna itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Biarpun rata-rata netizen memberi pujian buat pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, namun ada juga segelintir yang menyuarakan perasaan kurang senang hati.

Merasakan makin hari makin aneh dengan fesyen pelantun Sumpah, peminat menginginkan penampilan yang tidak keterlaluan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Good luck Aina sayang. Tolong nanti jangan la pelik sangat baju. Biar nampak macam pengantin untuk lagu Nafas Cinta,” kata pengguna @justmeeiqa.

Saya tidak boleh dengan pakaian awak. Kenapa Aina? Persembahan seperti biasa, memukau!” kata @muthannahani.

Aina, awak boleh buat lebih baik. Saya tak ada isu dengan fesyen tapi kalau memberi kesan kepada persembahan awak sebab tak selesa, tak mau la,” @jiashima.

Selepas ini kalau nak buat baju pelik-pelik pastikan senang nak jalan. Selalu support awak walaupun pakai baju compang camping asalkan tak susah nak jalan, nak pegang mikrofon,” @fizasnha.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah kepada anak jati kelahiran Negeri Sembilan itu selepas layak membawa dua buah lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-36.

Komen Netizen:

Sumber: Instagram @ainaabdul

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : SV

Previous article“Selori gula tumpah…”Akhirnya buat ‘IG live’ bersama, Aedy Ashraf & Amelia Henderson viral
Next articleUsahawan Ini Pernah Dikcam Sebab Nak Tolong, Akhirnya Berjumpa Dengan Abang Viva Dan Ini Yang Hero Kita Dapat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here