Home Petua Tips Shuib dikatakan masih rindukan arwh Siti Sarah, sekali Watie buka mulut

Shuib dikatakan masih rindukan arwh Siti Sarah, sekali Watie buka mulut

428
0

Shuib dikatakan masih rindukan arwh Siti Sarah, sekali Watie buka mulut

TIADA wujud perasaan sedih atau cemburu dalam diri Watie Hanifiah apabila suaminya Shuib masih terkenangkan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddin.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya berkata, sebagai isteri dia tetap setia di sisi suami kerana memahami beberapa tindakannya dapat mengubat rasa rindu terhadap Allahyarham.

Malah kata usahawan itu, kisah silam Shuib juga yang membuatkan dia mampu berada di sisi pelawak berkenaan.

Watie tiada rasa cemburu pada arwah Siti Sarah.

“Sejujurnya tiada apa-apa perasaan… bagi saya apa yang menggembirakan hati dan mampu mengubat kerinduannya saya okay sahaja.

“Bagi saya nak cemburu pada orang yang telah tiada pun buat apa, adanya saya di sini pun disebabkan kisah mereka yang sudah tiada.

“Saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu dalam diri saya,” katanya kepada mStar.

Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Watie bersyukur apabila hubungan mereka kini semakin disenangi malah ramai mendoakan kebahagiaannya bersama penyampai radio Suria FM itu.

Watie berkata, dia tidak berasa kekok menjadi isteri kepada seorang selebriti popular malah tidak mengambil pusing komen negatif dilemparkan terhadap dia atau suami.

“Sebelum ini orang mungkin belum kenal saya lagi… Alhamdulillah sekarang sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan bersama Shuib.

“Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun terhadap saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kahwin lagi memberi kesan. Sebab takut sekiranya akan mengecewakan mereka,” kongsinya.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article” Saya tak ada ruang nak healing pun sebab you” , Sekali Air Muka Ernie Zakri berubah krn Syamel ckp mcm tu
Next article“Lebih baik diam” luahan Datin Fatimah pada Syamsul,sekali Dato Yusof Haslam masuk campur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here