Home Petua Tips Shuib Suka W4nita Manja Dan Pandai Nyanyi, “Andai Kahwin Lagi Semua Sebab...

Shuib Suka W4nita Manja Dan Pandai Nyanyi, “Andai Kahwin Lagi Semua Sebab Anak-Anak”

81
0

Sejak Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos tahun lepas, tinggal Shuib seorang diri membesarkan Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Bagi melepaskan kerinduan, Shuib akan mendengar lagu dendangan arw4h.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


“Sejak arw4h tiada, saya tiba-tiba suka dengar muzik dan hayati lagu, lalu datang pelbagai emosi. Kadangkala terfikir juga kenapa saya mahu membinasakan diri dengan mendengar lagu-lagu sed1h.

“Tambahan, lagu-lagu arw4h saya akan dengar sewaktu rasa terlalu rindu padanya. Dengar kembali lagu-lagu duet bersamanya akan buatkan saya teringat kembali momen kena marah di studio, reaksi dan senyumannya,” katanya kepada Kosmo.

Walaupun mungkin terlalu awal cakap tentang jodoh, Shuib sentiasa terbuka.

“Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh.

“Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Tambahnya lagi, “Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani. Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak.

“Mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang saya lihat lebih banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, dia selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama arw4h ibunya.

“Walaupun saya cuba yang terbaik, pasti ada ruang-ruang kosong yang tidak mampu saya isi kerana saya lelaki, tidak memahaminya seperti mana seorang ibu. Cepat atau lambat jodoh, saya serah pada Allah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Dalam masa yang sama Shuib mengaku suka wanita manja dan pandai menyanyi.

Semoga Shuib kuat dan jodoh segera datang untuk mengisi hatinya. Amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.applehijau.com/

Previous articleTiada pemb4ntu rumah, Ain Edruce berg1lir jag4 anak deng4n suami
Next articleHaqiem Rusli Dah Kenapa Macam Tu?, Anis Sofea Kant0ikan Perangai Sebenar Suami

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here