Home Viral “Sian Ira Kazar pura pura bahagia” netizen komen bila Ira baru selesai...

“Sian Ira Kazar pura pura bahagia” netizen komen bila Ira baru selesai mengundi bila muatnaik satu video

189
0

“Sian Ira Kazar pura pura bahagia” netizen komen bila Ira baru selesai mengundi bila muatnaik satu video

Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mencuri perhatian selepas sepotong video pendek memperlihatkan dirinya telah selesai melakukan undi tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Ira atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, sedang berada di dalam sebuah kereta jenis Mitsubishi bersama seorang wanita.

Lihat video

Dan, wanita berkenaan telah meminta Ira untuk menunjukkan jari yang bertanda sebagai bukti mereka telah melakukan undi.

“Look your finger, we are done!,” katanya.

Sementara itu, Ira yang kelihatan gembira menunjukkan jari yang bertanda sempat menari mengikut rentak lagu latar yang dipasangkan berjudul What You Got yang dipopularkan dari penyanyi antarabangsa, Colby O’Donis.

Melihat aksi Ira itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh dengan bertanyakan keberadaan Syamsul yang tidak menemaninya ketika keluar mengundi.

“Tak ada teman ke tu? Sebab husband tengah teman anak-anak tersayang.“Syamsul spent time dengan anak-anak lah sebab Puteri Sarah kan pergi Singapore cari rezeki.

“Kesian ira, pura-pura bahagia itu amat memeritkan.

“Aku tengok dia ni pergi mana-mana tak pernah ada Syamsul.

“Kenapa aSyamsul tak ajak pergi mengundi sama-sama?,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 13 saat itu telahpun di tonton lebih 200,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

sumber : xtra

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Jika benar kata kata itu” rupanya selepas dua tahun kawin Kamal Adli rasa kecewa juga
Next article“Patutlah tak balas whatsap” Puteri Sarah sindir Janna Nick,rupanya Janna buat benda ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here