DULU wanita ini antara yang menentang poligami. Namun persepsinya terhadap poligami berubah sepenuhnya selepas berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya kira-kira 10 tahun lalu.
Menurut Khazatul Atiqah Abu Seman, 31, dia mula melihat kelebihan kehidupan berpoligami sejak tinggal bersama keluarga mentuanya yang turut mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.
“Dulu saya seperti wanita lain. Bila sebut pasal p0ligami nampak yang jahat-jahat sahaja. Malah madu tu pula dianggap per4mpas dan k4cau kebahagiaan orang lain.
“Tapi bila saya tinggal bersama keluarga mentua di awal perkahwinan kami, saya mula nampak kebaikan dan kelebihan p0ligami terutamanya soal ibadah. Semua dapat solat berjemaah setiap hari satu keluarga.
“Sebenarnya suami saya ada tiga ‘mak’ dan mereka sekeluarga tinggal bersama dalam satu rumah tiga tingkat. Saya tidak lihat sebarang masalah, malah mereka lebih bahagia,” katanya kepada mStar.
Terbuka hati untuk bermadu
Susulan itu, wanita berasal dari Kuching, Sarawak itu terbuka hati dan bersedia untuk hidup bermadu genap empat tahun usia perkahwinannya dengan Samuel Dzul, 29 tetapi ketika itu belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan madu.
Bagaimanapun Khazatul Atiqah atau lebih mesra disapa Tiqa tetap mahu mencari bakal madunya terutama di saat dia mengalami masalah kesihatan ketika hamil anak kelimanya April lalu.
“Ketika kandungan anak kelima ini saya mengalami kesakitan seperti kontraksi bersalin dan sakit nyeri-nyeri sekitar tulang punggung serta paha. Keadaan itu menyebabkan saya sukar bergerak mahupun berdiri lama.
“Keadaan semakin teruk sehinggakan saya terpaksa berkerusi roda. Saya juga hampir kemurungan. Waktu itu saya terkenangkan apa akan jadi pada suami dan anak-anak sekiranya sesuatu yang buruk menimpa saya.
“Sungguh sedih dan pilu hati saya. Ketika itu timbul perasaan saya kena berusaha mencari seseorang yang boleh menjaga keluarga kiranya apa-apa yang tidak diingini terjadi kepada saya,” katanya.
Tersentuh lihat kebaikan suami
Malah Tiqa berkata niat itu juga didorong dengan rasa kasih4n melihat suaminya menguruskan dirinya dan juga anak-anak serta perniagaan mereka tanpa rungutan di saat dia sedang s4kit.
Tiqa memasang impian untuk hidup bermadu genap empat tahun usia perkahwinan mereka.
“Suami sentiasa tersenyum manis menguruskan saya, anak-anak, rumah tangga dan juga perniagaan kami. Dia tidak pernah sesekali merun.gut.
“Paling saya sebak bila dia sanggup mendukung saya naik dan turun ulang-alik ke pejabat kami yang terletak di tingkat tiga semata-mata tidak mahu saya kemurungan di rumah seorang diri.
“Dia memang suami yang baik, penyayang dan sangat mengambil berat diri saya. Jadi saya fikir poligami jalan terbaik bagi memastikan segala keperluan suami dilengkapi,” katanya yang bakal melahirkan anak kelima bulan depan.
Syukur dipertemukan dengan m4du
Tiqa yang juga pengarah dan pengasas bersama Fanikatun Creative House Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghasilan video penerangan beranimasi, mengakui bersyukur kerana dipertemukan dengan Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, di media sosial beberapa tahun lalu.
“Saya kenal madu melalui komen-komen di Facebook dalam circle kawan-kawan sekolah dan dia juga mempunyai bisnes mobile spa. Kami mula jadi sahabat alam maya lebih kurang dua tiga tahun lepas.
“Kemudian kami bertemu di satu majlis makan-makan tahun lepas dan itulah kali pertama saya melihatnya secara peribadi dan saya terpukau dengan kecantikannya. Saya ada berhubung dengannya melalui WhatsApp kerana berniat menggunakan perkhidmatan mobile spa miliknya tapi belum berkesempatan.
“Sehinggalah pada suatu hari saya jemput dia datang ke perjumpaan Business Networking International (BNI) yang menghubungkan usahawa untuk sama-sama membantu dalam berkongsi rezeki perniagaan.
Tiqa mengenali madunya menerusi Facebook beberapa tahun lalu.
“Alangkah terkejutnya saya apabila dia ceritakan keadaan sebenarnya bahawa dia adalah ibu tunggal yang bekerja keras menguruskan dua anaknya. Tapi dia berpesan supaya tidak mendedahkan statusnya kepada orang ramai kerana bimbang ada yang ambil kesempatan,” katanya.
Namun Tiqa berkata dia seolah-olah dapat merasakan bahawa Nur Fathonah adalah wanita yang ditunggu-tunggunya untuk dijadikan madunya selama ini.
“Sebak dengan kisahnya saya pun terus kata jom jadi madu saya. Tapi waktu tu saya macam bergurau dan dia pun tak sangka selesa mendedahkan statusnya kepada saya sedangkan dia amat sensitif bercerita soal itu.
“Kami terus berhubung melalui WhatsApp bertanya khabar sedikit sebanyak walaupun nampak dia cuba mengelak daripada saya sebab gurauan bermadu tempoh hari. Saya pun ketika itu belum serius memikirkan soal itu kerana sibuk dengan kerja dan perniagaan.
“Namun saya mulai serius pada Ramadan lalu. Ada dua calon yang saya approach untuk jadi madu tapi kedua-duanya menolak dan hati saya juga berasa ada sesuatu tidak kena dari beberapa segi.
“Hinggakan satu tahap saya memohon pada Allah agar dijentik hati saya pada orang yang saya cari dan tiba-tiba saya teringatkan Nur Fathonah. Saya segera menghantar WhatsApp mahu bertemu dengannya sambil memberikan hint bahawa saya masih lagi mencari calon madu,” katanya.
Lamar m4du
Ketika pertemuan dengan Nur Fathonah beberapa bulan lalu, Tiqa melamar madunya itu dan pada masa sama bercerita padangannya mengenai kehidupan berpoligami.
Anak-anak Tiqa turut menerima positif kehadiran Nur Fathonah dalam keluarga mereka.
“Saya minta dia jangan terus tolak dan ambil masa untuk fikirkan terlebih dahulu mengenainya. Saya juga nasihatkan dia supaya mohon panduan dan petunjuk dariNya melalui solat istikharah.
“Saya pun nyatakan hasrat pada suami dan cerita tentang calon m4du kepadanya. Suami minta saya turut berdoa dan mohon panduan Allah kerana ini perkara besar dan bukan boleh dibuat main.
“Ini kerana bebanan tanggungan jatuh ke atasnya dan dia akan di soal di akhirat kelak. Saya juga ada hantar nama penuh madu kepada dua sahabat saya yang berada di Makkah minta mereka doakan hasrat saya ini,” katanya.
Sejak pertemuan itu, Tiqa memberitahu hubungan mereka jadi rapat dan dua bulan kemudian Nur Fathonah menerima lamaran tersebut dan dia disatukan dengan suaminya dalam satu majlis sederhana baru-baru ini.
Sebak dengan kisahnya saya pun terus kata jom jadi madu saya. Tapi waktu tu saya macam bergurau dan dia pun tak sangka selesa mendedahkan statusnya kepada saya sedangkan dia amat sensitif bercerita soal itu.
“Bukan mudah tapi dengan kuasa Allah dia bersetuju menerima lamaran saya. Itu pun setelah berbagai ujian yang kami hadapi dalam proses persetujuan darinya.
“Bagi saya, niat yang baik Insya-Allah dipermudahkan dan diakhiri dengan perkara yang baik. Alhamdulillah suami saya selamat diijabkabulkan dengan madu saya baru-baru ini. Saya gembira dan bersyukur kerana Allah telah menjawab persoalan saya.
“Allah rezekikan suami saya seorang wanita yang baik, sangat menjaga dirinya dan aibnya, dan mereka direzekikan bercinta selepas kahwin. Indahnya percaturan Allah,” katanya.
Pilih tinggal sebumbung
Pada masa sama, Tiqa berkata mereka bertiga memilih untuk tinggal sebumbung di Selangor kerana ia lebih harmoni.
“Suami sudah beritahu awal-awal kami akan tinggal bersama. Bagi saya itu lebih bagus supaya kasih sayang anak tidak terabai dan kami dapat beribadah bersama-sama.
Suami Tiqa merupakan komposer di Studio Fanikatun yang diusahakan mereka berdua.
“Orang tanya saya tak cemburu ke bila tinggal bersama. Bagi saya cemburu sudah jadi lumrah wanita tapi saya anggap ia sebagai satu persaingan sihat dan membantu saya untuk perbaiki kelemahan diri.
“Kalau saya tengok dia layan suami dengan bagus, saya pun nak buat lagi bagus. Jadi saya dapat lihat kasih sayang antara kami semakin menebal,” katanya.
Kisah Tiqa dan madunya menjadi tular selepas dia berkongsi perkara itu di Facebooknya Rabu lalu.
Jelas Tiqa dia tampil memberi penjelasan tersebut selepas timbul dakwaan kurang senang sesetengah individu terhadap hubungan suami dan madunya.
“Bila ada yang kata suami saya bercinta dulu dengan madu dan ada juga yang kata madu saya perampas, saya jadi tak sedap hati. Itu semua fitnah.
“Kesian dekat madu dan suami sedangkan saya yang cari dan lamar dia (madu). Tapi siapalah saya nak tutup mulut orang.
“Jadi saya terpaksa buat posting panjang-panjang untuk perjelaskan hal sebenar supaya orang faham dan boleh terima. Janganlah buat tuduhan sembarangan,” katanya.
“Saya tekad tak mahu kahwin apatah lagi dengan suami orang” – Tutup hati terima lelaki, ibu tunggal ‘tew4s’ dilamar bakal madu
IBU tunggal dua anak ini tekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi untuk hidup berpoligami selepas mahligai yang dibina bersama suaminya musnah kira-kira dua tahun lalu.
Ketika itu Nur Fathonah Abdul Rahim hanya terfikir untuk bekerja keras demi menampung kehidupan mereka tiga beranak.
“Sesungguhnya tidak pernah terlintas pun dalam diri saya untuk berpoligami. Setelah saya berpisah dengan bekas suami, saya telah bertekad untuk tidak berkahwin lagi apatah lagi akan menerima suami orang.
“Semenjak dari itu, kehidupan saya hanyalah untuk saya dan anak-anak saya sahaja. Saya bertungkus lumus siang dan malam demi untuk mencukupkan keperluan kehidupan,” katanya dalam satu posting di Facebook.
Jelas wanita berusia 30 tahun itu, dia juga cuba merahsiakan statusnya sebagai ibu tunggal daripada diketahui umum.
Nur Fathonah mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulunya.
“Di mata masyarakat, saya masih isteri orang dan saya sedaya upaya cuba menutup status sebenar saya sebagai ibu tunggal. Ini kerana, bagi saya, saya tidak mahu orang mengambil kesempatan dan saya dipandang rendah dan hina.
“Sememangnya ramai yang tidak tahu dan hanya segelintir keluarga yang betul-betul rapat sahaja yang tahu. Bagi saya, sebagai ibu tunggal, kita tidak patut minta belas ihsan daripada orang lain selagi kita boleh berusaha dengan kudrat yang diberikan,” katanya.
Namun pemilik Fathonah Home Spa ini berkata segalanya berubah apabila dipertemukan dengan madunya, Khazatul Atiqah Abu Seman atau lebih mesra disapa Tiqa.
“Suatu hari Allah takdirkan saya bertemu dengan seseorang yang mengubah segalanya. Saya dijemput oleh kakak madu saya sebagai seorang pelawat yang ketika itu saya kenali sebagai seorang kawan ke perjumpaan usahawan Business Networking International (BNI).
“Program ini memerlukan komitmen seawal pukul 6.30 pagi dan di situlah saya diajak oleh kakak madu saya untuk menyertainya. Mengenangkan komitmen untuk menguruskan persekolahan anak-anak di awal pagi saya menolak pelawaan tersebut.
“Oleh kerana itu kakak madu saya mencadangkan untuk saya berbincang dengan suami tentang pengurusan tersebut. Saya rasa serba salah dan berat hati menolak sedangkan kakak madu saya bersungguh-sungguh mengajak saya kerana ingin saya maju dalam perniagaan saya,” katanya.
Serba salah menolak pelawaan Tiqa untuk menyertai program itu, Nur Fathonah akhirnya menceritakan status sebenarnya sebagai ibu tunggal.
“Kakak madu saya terkejut lalu memeluk saya dan mengajak saya menjadi madunya. Saya terkejut dan menganggap itu hanyalah gurauan. Saya menerangkan padanya yang saya bukan meminta simpati malah saya ingin menerangkan keadaan sebenar kedudukan saya.
“Saya balik dalam keadaan menyesal kerana membuka cerita mengenai status sebenar saya kepadanya. Kakak madu saya ada cuba menghubungi saya namun saya banyak mengelak hinggalah tibanya bulan Ramadan tahun ini, saya menerima mesej dari kakak madu saya dan bertanya khabar.
“Kakak madu kemudiannya bertanya adakah saya masih available dan mengajak berjumpa. Saya berat hati dan berbelah bahagi namun rasa bersalah kerana banyak kali menolak dan mengelak darinya sedangkan kakak madu seorang yang sangat baik orangnya,” katanya.
Justeru wanita dari Pulau Pinang ini menganggap pertemuan kali kedua dengan Tiqa sebagai satu titik tolak dalam kehidupannya.
“Kata-katanya yang saya anggap gurauan pada mulanya rupanya dianggap serius dan kakak madu saya sangat bersungguh-sungguh bercerita tentang impian kehidupan poligami di sudut kaca matanya.
“Dia kemudiannya melamar saya menjadi madunya dan mengatakan firasat hatinya sangat kuat mengatakan mungkin saya orang yang dia cari. Pada masa itu, saya seperti memahami impiannya namun saya lebih kasihankan dia.
“Saya lihat dia bersungguh-sungguh sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa perasaan di waktu itu. Namun saya cuba memberi peluang untuk meraikan kesungguhannya dan memberitahunya saya akan fikirkan tentang perkara itu,” katanya.
Nur Fathonah menjalankan perniagaan mobile spa ketika ini.
Pada masa sama, Nur Fathonah berkata dia amat tersentuh dengan keprihatinan Tiqa dan kagum melihat kebahagiaan keluarganya.
“Saya diajak berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak dan keluarga kakak madu saya. Di situ, saya mula nampak betapa indahnya keluarga yang dia miliki. Dan saya dapat lihat wajah anak-anak saya, betapa gembiranya mereka bila dapat bersama-sama dengan anak kakak madu saya.
“Kami kemudiannya lebih berhubung rapat melalui WhatsApp. Kakak madu saya sememangnya sangat mengambil berat tentang saya dan anak-anak. Kami menjadi semakin rapat dan kerap berhubung.
“Walaupun berjauhan kami sentiasa rasa lebih dekat kerana dia sememangnya sangat mengambil berat, selalu mengingatkan tentang ibadah dan saya terasa dijaga walaupun jauh. Sejujurnya, saya tak pernah merasa diambil berat mengenai ibadah saya dan dia juga sentiasa mengingatkan saya selalu,” katanya.
Kakak madu saya terkejut lalu memeluk saya dan mengajak saya menjadi madunya. Saya terkejut dan menganggap itu hanyalah gurauan. Saya menerangkan padanya yang saya bukan meminta simpati malah saya ingin menerangkan keadaan sebenar kedudukan saya.
Akhirnya Nur Fathonah berkata dia menerima lamaran Tiqa dengan hati terbuka selepas memohon petunjuk dari Allah.
“Saya mula nampak keluarga ini boleh membimbing saya dan anak-anak saya, dari situ saya mula sedar betapa hakikatnya perempuan sebenarnya memerlukan seorang pemimpin. Walaupun sebelum ni saya pernah merasa saya tidak perlu lelaki dalam hidup saya tapi rupanya saya silap.
“Allah menciptakan lelaki itu boleh memimpin dan perempuan perlu dipimpin. Alhamdulillah setelah beberapa kali memohon petunjuk dari Allah saya yakin bahawa Allah sememangnya datangkan mereka untuk saya dan anak-anak.
“Walaupun banyak rintangan yang kami hadapi saat mula-mula proses perkenalan dan sebelum persetujuan, namun sepanjang itu juga Allah sentiasa pegang hati-hati kami untuk bersama dan kuatkan hati kami,” katanya yang diijabkabulkan dengan suaminya, Samuel Dzul baru-baru ini.
Pasangan ini diijabkabul dalam satu majlis sederhana baru-baru ini.
Sementara itu, wanita ini turut meminta orang ramai supaya mendaokan kebahagiaannya bersama anak-anak dengan keluarga baharunya.
“Allah membuka mata saya bahawa hidup berpoligami ini sangat indah sebenarnya. Semua kita dapat buat bersama, saling bantu membantu dan lengkap melengkapi, bersama memberi yang terbaik untuk suami, bersama menjaga solat berjemaah bersama, menjaga dan mendidik anak sama-sama, masak bersama, kemas rumah bersama dan banyak lagi manfaatnya.
“Alhamdulillah anak-anak saya juga lebih gembira bersama adik-beradik baru mereka. Pendek kata, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan buat saya. Mungkin ada segelintir yang cakap, masih baru lagi jadi semuanya nampak indah.
“Tapi bagi saya bila kita buat betul-betul kerana Allah dan kita nampak matlamat kita yang mahukan keselamatan di dunia dan terutamanya di Akhirat, Insya-Allah pasti Allah bantu kita dari semua sudut. Mohon doakan saya dan anak-anak bersama keluarga baru saya bahagia dan selamat dunia akhirat,” katanya.
Kisah Nur Fathonah dilamar madunya menjadi tular selepas Tiqa berkongsi perkara itu di Facebooknya Rabu lalu.
Jelas Tiqa dia tampil memberi penjelasan tersebut selepas timbul dakwaan kurang senang sesetengah individu terhadap hubungan suami dan madunya itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
sumber: mstar