Home Viral Suami terus keluar dari majlis kahwin anak,sekali ibu Shila Amzah buka mulut

Suami terus keluar dari majlis kahwin anak,sekali ibu Shila Amzah buka mulut

197
0

Suami lari dari perkahwinan anak,sekali ibu Shila Amzah buka mulut

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Datin Fauziah Sarman gembira dengan perkahwinan terbaharu anaknya dengan pempengaruh media sosial, Ubai MZ hari ini.

Fauziah, 55, dalam nada gembira mengucapkan Selamat Pengantin Baharu buat anak sulungnya ini selepas melalui kegagalan dalam perkahwinan terdahulu.

“Saya doakan Shila berbahagia dengan Ubai. Mudah-mudahan Allah merahmati perkahwinan mereka diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Saya nak sangat Shila cepat dapat anak. Sekarang saya dah ada dua cucu. Mudah-mudahan mereka diberi zuriat yang comel,” katanya ditemui pada majlis pernikahan Shila dan Ubai di Boathouse, Ampang hari ini.

Lihat video

Pada majlis ini, pasangan terbabit selamat dinikahkan oleh bapa Shila, Datuk ND Lala pada jam 10.27 pagi.

Terdahulu, Shila, 33, bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

ND Lala terus pulang selepas nikahkan Shila dan Ubai, tak sempat ambil gambar keluarga

TINDAKAN penyanyi Datuk ND Lala meninggalkan majlis pernikahan anak perempuannya iaitu Shila Amzah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kelibat ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, langsung tidak kelihatan selepas selesai menikahkan Shila dengan pasangannya iaitu Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh salah seorang petugas majlis yang berlangsung di Boathouse Ampang itu yang memaklumkan ND Lala sudah pulang selepas upacara pernikahan.

Ketiadaan ND Lala mula disedari selepas pengacara majlis yang juga penyampai radio, Muaz meminta bapa pengantin perempuan dan lelaki naik ke pelamin untuk bergambar kenang-kenangan bersama pasangan mempelai.

Bagaimanapun, bapa Ubai ditemani oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Taman Tun Razak Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein untuk bergambar.

Ibu Shila iaitu Datin Fauziah Sarman kemudiannya naik ke pentas untuk bergambar namun hanya ditemani oleh anak lelakinya iaitu Amir Syahir tanpa kehadiran ND Lala dan dua lagi anaknya iaitu Amir Syafiq dan Nur Syuhada Amzah.

Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Shila.

Pada pagi Sabtu, Shila selamat bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz wang mas kahwin sebanyak RM20,000.

Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.

Kemunculan ND Lala pada majlis pertunangan mereka menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melandanya sekeluarga sudah kembali pulih.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Shila memberi gambaran status hubungan ibu dan bapanya masih lagi sebagai sepasang suami isteri berdasarkan maklumat pada borang pernikahannya dengan Ubai yang diisi bapanya sebagai wali.

Shila memberitahu bapanya hadir ke majlis pertunangannya atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan.

Bagaimanapun, Shila enggan mengulas lanjut tentang hubungan ibu dan bapanya itu, malah mengakui dirinya tidak ambil tahu urusan peribadi mereka.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous articleSetelah 20 tahun berkahwin akhirnya Amy search dedah hubungan dengan isteri,ramai terkedu
Next article“Sudah bercerai menantu baru dapat” Tak Sangka Dato Yusof Haslam Hadiahkan Ini Pada Puteri Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here