Home Petua Tips Suka tidur atas sejadah, pemilik baru sedar ada kalimah Allah pada badan...

Suka tidur atas sejadah, pemilik baru sedar ada kalimah Allah pada badan kucing… Anggap ada mesej yang mahu disampaikan

61
0

PENEMUAN kalimah Allah yang terbentuk pada awan, daun, hirisan daging dan sebagainya pernah berlaku dan tular sebelum ini.

Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Long Ijan berkongsi dua keping foto, memaparkan kalimah Allah yang terbentuk pada badan seekor kucing miliknya.

“Daripada kecil sampai ke besar suka tidur dekat sejadah. Ada masej yang nak disampaikan. Baru perasan hari ni,” tulisnya menerusi Facebook, Selasa lalu.

Dia membuat perkongsian itu menerusi group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? sehingga meraih lebih 4,000 tanda suka (likes).

Malah, posting berkenaan turut dihujani lebih 200 komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan penemuan berkenaan.

“Subhanallah. Allahuakbar. Ada kalimah Allah. Alhamdulillah. Rasa tersentuh melihatnya.

kucing2

Kata pemilik, kucing tersebut gemar tidur di atas sejadah.

“Comel bulu dia ada kalimah Allah.

“Allahuakbar. Beruntungnya awak,” tulis beberapa netizen.

Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi cerita dan foto, mendakwa kucing mereka turut mempunyai kalimah sama.

Dari kecil sampai ke besar suka tidur dekat sejadah. Ada masej yang nak disampaikan. Baru perasan hari ni.

LONG IJAN

“Kita dulu ada juga seekor, namanya Simba. Kat tepi perut dia kalimah Allah memang jelas sangat jaga daripada baby sampai besar tapi sayangnya dia dah hilang, maybe ada yang ambil dia.

“Sama dengan kucing saya ada kalimah diperutnya. Dia sesat ke rumah saya dalam keadaan bersih semuanya pada 15 Ramadan lima tahun yang lalu,” tulis beberapa individu.

Sebelum ini pada 27 Ramadan lalu, netizen turut digemparkan dengan kemunculan awan berbetuk kalimah Allah di langit.

kucing3

Tangkap layar komen netizen.

Menurut laporan Kosmo!, Nur Zahirah Ulfah, 30, berpeluang melihat dan merakam awan berbentuk kalimah Allah di langit sekitar pukul 11.30 malam di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, Kedah.

Rakaman kejadian itu yang dikongsi menerusi Facebook turut tular dan meraih perhatian ramai.

Sebagai peringatan, penemuan sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyararakat.

Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tesebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber:Mstar

Previous article[VIDEO] Kec0h Isu Neelofa Sorok Wajah Anak, Sekali Ini Komen Padu PU Syed
Next articleMasa kecil mimpi direnung jejaka bermata cantik, usia 20 tahun gadis terkejut empunya diri muncul sebagai jodoh… datang jauh dari Afghanistan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here