Home Petua Tips Tahniah! Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki kedua, sempat dapat tarikh lahir...

Tahniah! Kaka Azraff selamat bersalin anak lelaki kedua, sempat dapat tarikh lahir cantik 22.2.22

62
0

Penyanyi yang popular menerusi lagu G1la, Kaka Azraff selamat menimang cahaya mata kedua lelaki di salah sebuah pusat perub4tan di ibu negara pada pukul 12.05 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Adam Azrif menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik. Bayi lelaki saya juga sihat dan kuat,” tulisnya.

Sementara itu, Kaka atau nama lengkapnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, menerusi ciapannya dalam Twitter turut menzahirkan rasa syukur selepas selamat menimang cahaya mata kedua.

“Syukur pada Allah SWT. Secara rasminya saya kini ibu kepada dua orang cahaya mata,” katanya.

https://twitter.com/KakaAzraff/status/1495879241690652672?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1495879241690652672%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.sinarviral.com%2F2022%2F02%2F22%2Ftahniah-kaka-azraff%2F

Bukan itu sahaja, Kaka turut mengucapkan terima kasih buat suami kerana setia berada di sisinya dengan memberi banyak sokongan sepanjang tempoh kehamilan.

“Terima kasih kerana menjadi penyokong yang hebat, memberi semangat, motivasi dan ‘doktor’ separuh masa sepanjang tempoh perjalanan ini (kehamilan dan proses bersalin).

“Saya tidak tahu apa akan terjadi tanpa awak. Saya cintakan awak, bapa kepada dua orang anak,” luah Kaka.

Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleHilang 16kg, 4 kali tangguh kahwin! Gadis b4kar borang nikah selepas jadi orang terakhir tahu dia dan tunang ‘dah lama tak ada apa-apa’
Next article“Muka daddy sebijik versi korea kan,” – [VIDEO] Gelagat comel Rina buat ramai tak keruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here