Home Petua Tips Tahniah! Rezeki 2021, Selebriti Ini Bakal Melahirkan Cahaya Mata Tapi Last Tu...

Tahniah! Rezeki 2021, Selebriti Ini Bakal Melahirkan Cahaya Mata Tapi Last Tu Bikin Pening!

65
0

Rezeki anak itu merupakan rahmat yang paling dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri yang sudah mendirikan rumah tangga dan semestinya ia berita yang paling gembira pernah diterima oleh mereka.

Tahun 2021 merupakan kebahagiaan buat sesetengah selebriti apabila ada antara mereka bakal menimang cahaya mata pertama, jom kita tengok siap agaknya selebriti yang bakal melahirkan tu!

LISA SURIHANI

Tanggal 24 Februari lalu, pengarah Yusry Abdul Halim telah mengumumkan bahawa Lisa Surihani disahkan hamil anak ketiga. Berita itu diumumkan sendiri oleh Yusry pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan. Menurut Yusry, mereka bukan lah mahu merahsiakan perkara itu kerana beranggapan sudah semestinya ia akan diketahui umum tanpa perlu membuat pengumuman.

ELLY MAZLEIN

Pelakon yang terkenal dengan gelaran Kak Lina Pom Pom itu turut bakal melahirkan cahaya mata kedua selepas mendirikan rumah tangga bersama dengan jejaka pilihannya iaitu Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari lalu. Sebelum disahkan hamil, Elly pernah keguguran dan kini rezeki berpihak kepada mereka sekali lagi. Namun difahamkan Elly bakal bersara daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada keluarganya.

DAYANA ROZA

Tiga bulan selepas mendirikan rumah tangga, pelakon Dayana Roza kini disahkan hamil anak pertama! Bagi Dayana, beliau sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata walaupun usia perkahwinan mereka itu masih lagi baharu.

AYDA JEBAT

Sebelum mengumumkan berita kehamilan, Ayda Jebat dikatakan menghadapi komplikasi sehingga membuatkan beliau hampir keguguran disebabkan sikap tidak bertanggungjawab seorang individu yang ‘membocorkan’ berita tersebut sebelum mereka sendiri yang memberitahu kepada umum. Namun kini, Ayda sudah berada dalam keadaan stabil dan tidak sabar menantikan kehadiran cahaya matanya bersama dengan Nabil Mahir.

AIN EDRUCE

Semenjak disahkan hamil, penampilan Ain Edruce kelihatan bertambah menarik ditambah pula dengan aura ibu mengandung. Tapi apa yang lebih menarik ialah seawal kehamilan sehingga kini, Ain masih aktif menari sehingga menimbulkan kegusaran pengikutnya di media sosial. Bukan itu sahaja, ada juga yang tertanya-tanya bila agaknya Ain bakal bersalin.

Tahniah diucapkan kepada semua mummy and mummy to be, semoga semuanya dipermudahkan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleIdaman Ramai! 5 Selebriti Wanita Ini Buat Para Jejaka Kecewa Apabila Mendirikan Rumah Tangga
Next article5 Artis Ini Pernah Dij4ngkiti COV1D-19 & Sembuh, Tapi No. 3 Tu Luar Biasa Sebab…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here