Home Petua Tips “Ayah nak kahwin biarkan tapi mama tak perlu Kahwin” Erra dedah Anknya...

“Ayah nak kahwin biarkan tapi mama tak perlu Kahwin” Erra dedah Anknya Aleesya cakap lps Engku Emran kahwin

150
0

Setelah Engku Emran sudah bertemu jodoh kembali netizen tertanya tanya apa pula perkembangan bekas isterinya iaitu pelakon terkenal Erra Fazira.

Namun segalanya terjawab bila Erra Fazira buat penjelasan tentang statusnya.

Lagipun Erra Fazira harus berhati hati mencari calon suami dan bakal bapa untuk anaknya Engku Aleesya.

 

Namun PENYANYI dan pelakon Erra Fazira tidak menolak takdir untuk bergelar isteri kembali jika bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Menurut Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, dia hanya akan meneruskan hasratnya itu sekiranya mendapat persetujuan daripada anak tunggalnya, Engku Aleesya.

“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti.

“Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).

“Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu (tertawa),” katanya kepada mStar.

Erra ditemui pada majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.
Erra dan Wany bergelar duta pelitup muka Himaya.

Mengulas lanjut mengenai perasaan anak berhubung perkahwinan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan Noor Nabila Mohd Noor, 37, Erra berkata Aleesya cukup teruja kerana akhirnya dia mempunyai adik, iaitu Jebat Jayden Ahmad yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Nabila dengan bekas suami, aktor Sharnaaz Ahmad.

Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin).

“Aleesya gembira sangat sebab dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jayden.
“Saya selalu nasihatkan dia sayang adik, jaga adik baik-baik. 11 tahun dia seorang, jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang baik sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai.

“Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden,” katanya.

 

Pasangan ini bergambar dengan anak mereka, Engku Aleesya dan Jebat Jayden Ahmad.

Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada pelakon dan usahawan Neelofa, Nabila di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Berikut sedikit bodata Ibu Baru Alyessa

Nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor. Lebih dikenali dengan nama komersial, Noor Nabila atau Nabila.

Lahir pada 4 September 1984 dan kini berumur 36 tahun.

Berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.

Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang diusahakannya bersama keluarga.

Berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017, namun angkara pergolakan rumah tangga, mereka kini dilaporkan sedang dalam proses perceraian.

Terlebih dahulu, Nabila bernikah pada Julai 2013 dan perkahwinan pertamanya itu juga tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noornabila sehingga kini mencatatkan lebih 982,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pasangan Mohd Noor (bapa) dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed (ibu).

Berketurunan Melayu daripada sebelah bapanya, selain berdarah Pakistan dan Arab yang diwarisi daripada ibunya.

Anak tiri kepada Dato’ Abdul Halim Khan Lall Khan.

Kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Neelofa.

Mempunyai lima orang adik-beradik berlainan bapa.

 

https://youtu.be/XWjHj_Kgq6c

 

Sumber : mstar

Previous article“Jom kita Hiting Hari” Sekali Netizen Tampil Respon Bila Saat Bahagia Neelofa Dan PU Riz
Next articleEbit Lew Jmpa Amoi Ni Kat Airpot Dlm Misi Ke Afrika. Tak Sngka2 Amoi Ni Puji Ebit Lew “You are the Hero Man”.Ni Jwb Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here