“Baru nak cakap ‘bye’, papa tarik nafas panjang” – Dua minggu tak dpt ziarah bapa di w4d, akhirnya anak dapat jumpa 3 jam sebelum men1nggal

BAGI seorang anak perempuan, bapa adalah kekasih pertama yang hadir dalam hidup mereka.

Sungguhpun anak semakin meningkat dewasa, sikap bapa tidak berubah malah tetap memandang anaknya ibarat gadis yang perlu ditatang dengan penuh kasih sayang.

Justeru, kehilangan insan bergelar bapa terlalu perit untuk ditelan oleh seorang anak perempuan.

Begitulah situasi yang dialami oleh gadis ini yang baru sahaja kehilngan bapa tersayang pada 4 April lalu.

Berkongsi kisah sedih itu, Farhana Izyan berkata, bapanya ‘pergi’ tanpa disangka-sangka kerana tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius ataupun menunjukkan tanda-tanda menderita peny4kit tertentu.

 

Allahy4rham bapa Farhana merupakan seorang pesara tentera.

“Papa men1nggal dunia kerana mengh1dap k4nser parv-parv tahap 4. Kami semua hanya mengetahui penyakit papa pada penghujung Mac. Sebelum itu, pada 21 Mac, papa dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana mengalami ses4k nafas dan batvk-batvk ringan.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Selepas itu papa dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Sejak papa dirawat, keadaannya semakin merosot dan tak berupaya untuk bangun.

“Kami adik beradik tak dapat mel4wat papa kerana bilangan pelawat dihadkan ekoran situasi semasa negara kini. Hanya mama sahaja yang menemani papa sepanjang dir4wat.

“Sedih sangat sebab kali terakhir jumpa dan peluk papa adalah pada 21 Mac iaitu ketika menghantarnya ke sebuah hospital di Kuala Lumpur,” kata gadis yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan ini kepada mStar.

Pernah saya down tervk sehingga suarakan kepada mama dan papa nak berhenti belajar dan cari kerja.

Tapi mereka larang. Papa nak kami belajar setinggi mana yang boleh. Amanat itu akan saya pegang sampai bila-bila.

FARHANA IZYAN FAIZAN
ANAK

Terdahulu, perkongsian gadis ini menerusi satu bebenang di Twitter menceritakan kisah pemergian bapa kesayangannya, Mejar (B) Faizan Saidin benar-benar menyentuh hati netizen.

Perkongsian itu meraih 8,600 retweet dan 21,100 likes.

Farhana yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik ini berkata, hanya pada 4 April, doktor di hospital tentera itu memberi pelepasan kepada mereka untuk mel4wat berikutan keadaan bapanya makin ten4t.

“Masa kami tiba dalam pukul 2.30 petang, papa sedar tapi tak mampu cakap banyak.

Tapi papa kata nak balik Port Dickson sama-sama. Doktor cakap, papa ada beritahu nak sangat jumpa anak-anak. Alhamdulillah dapat juga jumpa hari itu.

“Tapi masa kami nak balik dalam pukul 5 petang, baru saja nak cakap ‘bye’, papa tarik nafas panjang sebelum tak sedarkan diri. Papa disahkan men1nggal dunia pada pukul 5.11 petang.

Farhana merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga.

“Masa itu tak tahu nak rasa macam mana. Dapat jumpa dalam tiga jam tapi rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir,” kata gadis berusia 21 tahun ini sambil menambah, arwh bapanya selamat dikebumikan di kampung halaman mereka di Port Dickson.

Bercerita mengenai bapanya, Farhana berkata allahyarham seorang yang sangat mementingkan keluarga.

Malah ketika terlantar pun, bapanya masih memikirkan hal mereka sekeluarga kerana bimbang keadaan kesihatan yang tidak membolehkannya bekerja mencari rezeki.

 

llahy4rham bapa Farhana dikebvmikan di tanah perkuburan kampung halamannya di Port Dickson.

“Selepas bersara sebagai tentera, papa bekerja sebagai peronda pengawal keselamatan namun kontraknya tamat penghujung tahun lalu. Dalam keadaan sedang mencari kerja, papa jatuh s4kit. Hanya papa seorang yang mencari rezeki.

“Saya dan adik-adik pula masih belajar. Pernah saya down tervk sehingga suarakan kepada mama dan papa nak berhenti belajar dan cari kerja.

Tapi mereka larang. Papa nak kami belajar setinggi mana yang boleh. Amanat itu akan saya pegang sampai bila-bila,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farhana berkata perkongsiannya itu hanyalah sekadar untuk meluahkan rasa sedih selepas pemergian ayahnya.

“Tak sangka netizen turut tersentuh, malah doakan arw4h papa selain bagi kata-kata semangat. Dalam masa yang sama, mungkin perkongsian itu juga boleh sampaikan mesej agar kita hargai ibu bapa masing-masing selagi mereka ada,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*