Home Petua Tips ‘Cvid l9 Meragvt Ny4wa Buah Hati Tercinta Suami’ Namun Balu Ini Akhirnya...

‘Cvid l9 Meragvt Ny4wa Buah Hati Tercinta Suami’ Namun Balu Ini Akhirnya Pulih “Terimakasih Allah Kau Izinkan Aku Bernafas Lagi”

295
0

Balu kepada seorang pegawai polis yang meningg4l dunia akibat Cvid-19 bulan lepas pulih daripada jangkitan, selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Aiza Shafinaz Sahak, 34 disahkan negatif malam tadi, kira-kira dua minggu selepas suaminya, Mohd Fairuz Saberon meningg4l dunia.

 

Ketika bersama arwh suami

Bapanya, Sahak Mohd Harun, 58, juga pulih selepas 19 hari dirawat di Hospital Permai, Johor.
“Allah maha baik, Allah maha baik, Allah maha baik.

“Dengan keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat sayyidul ayyam penghulu segala hari, akhirnya ujian saringanku yang ke-2 (30.03.2020) dan ke 3 (4.4.2020) telah disahkan negatif dan bebas Cvid-19.

“Ya Allah sujud syukur kepada Allah, Allah maha berkuasa. Ayah saya juga telah pulang ke rumah di Simpang Renggam setelah 19 hari berjuang di wad Hospital Permai JB. Terima kasih semua,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menurutnya, selepas disahkan negatif beliau dipindahkan ke Pusat Belia Antarabangsa, Cheras untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

 

“Terima kasih ya Allah kau izinkan aku bernafas lagi meneruskan perjuangan dan engkau angkat kesakitanku.

“Kekuatan yang Allah pinjamkan untuk aku yang berlawan dengan emosi setiap hari, setelah Cvid-19 meragut ny4wa buah hati tercinta, suami yang menjadi tempat bergantung harapan.

Al-fatihah untuk Mohd Fairos bin Saberon,” katanya.

Aiza bersama arwh suami, bapanya dan ahli-ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 Mac hingga 12 Mac.

Fairuz menunjukkan simptom sehari selepas itu dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

Beliau meningg4l dunia pada 26 Mac yang kebetulan merupakan Hari Polis. Bapa mentuanya, Sahak diuji positif pada 20 Mac.

Sahak merupakan penduduk Bandar Baru Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor.

Kampung berkenaan dan Kampung Datuk Ibrahim Majid diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) pada Mac 27, berikutan peningkatan mendadak kes Cvid-19 di kawasan itu.

PKDP di kawasan berkenaan yang mengenakan perintah berkurung sepenuhnya dijadual berakhir pada 9 April tetapi dilanjutkan sehingga 14 April.

Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham sebelum ini berkata sebahagian mereka yang diuji positif di kawasan-kawasan ini turut menghadiri acara tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 3 Mac.

Lebih daripada 40 peratus daripada kes-kes jangkitan Cvid-19 di Malaysia dikesan daripada program Tabligh di Sri Petaling.

 

Sumber : malaysiakini

Previous article“Baru nak cakap ‘bye’, papa tarik nafas panjang” – Dua minggu tak dpt ziarah bapa di w4d, akhirnya anak dapat jumpa 3 jam sebelum men1nggal
Next articleSiapa Kenal awek baru sy ni? Dia Malu Sikit sbb terlajak cantik.. – Aliff Syukri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here