Home Petua Tips Tegar Septian Tak Kisah Kembali Mengamen Di Jalanan, Akui Perolehi Sekitar RM100...

Tegar Septian Tak Kisah Kembali Mengamen Di Jalanan, Akui Perolehi Sekitar RM100 Sehari

112
0

Pemenang tempat kelima Big Stage 2022, Tegar Septian mengakui tidak malu untuk kembali mengamen (menyanyi di jalanan) asalkan rezeki yang diperolehinya itu halal.

Hal ini kerana, Tegar berkata, rutin menyanyi di jalanan itu merupakan sumber pencarian utamanya sedari dia masih kecil.

“Sejak dunia dilanda C0VlDl9, kami di Indonesia susah nak cari kerja. Saya perlu buat sesuatu untuk mencari makan. Jadi, rasa malu mengamen memang tidak ada kerana ia merupakan pekerjaan yang halal.

“Lantas, saya mengamen sahaja daripada saya dan keluarga tidak mempunyai wang duit buat belanja beli makanan,” katanya kepada Gempak.

Tambah Tegar, dia juga tidak pernah peduli tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya yang menyanyi di jalanan.

Video:


“Berg4ntung pada orang… Bagi saya, kerja menyanyi di jalanan ni saya anggap satu kerja yang serius kerana ia membantu saya untuk mencari nafkah,” kongsinya.

Duit yang diterima oleh Tegar tidaklah banyak, namun lelaki 21 tahun itu berkata, apa yang diperolehi cukup untuk menampung keluarga.

“Kalau saya mengamen dari pukul 7 pagi hingga 6 petang, dapat sekitar RM100. Tetapi bergantung ikut keadaan juga,” katanya.

Ditanya apakah yang ingin dilakukan dengan wang tunai sebanyak RM10,000 yang diterima sempenang meraih tempat kelima di Big Stage 2022 Tegar berkata: “Saya ingin gunakan wang untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan makanan.

“Bakinya, saya ingin simpan untuk membeli kamera dan gitar untuk saya berkarya,” katanya yang merancang menghasilkan single baharu selepas ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Gempak

Previous article[Vide0] “Kita mesti memartabatkan bahasa ibu” – Gelagat anak Azhar Sulaiman belajar cakap melayu buat ramai pec4h pervt
Next article[VIDEO] “Kakak balik dulu byee ayahh” – Sayangnya fiska kat ayah sampai civm batu nisan tu buat ramai seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here