Home Petua Tips “Tengah dalam proses ujian lagi..” – Abang Viva Akui Dah Miliki Calon...

“Tengah dalam proses ujian lagi..” – Abang Viva Akui Dah Miliki Calon Isteri

79
0

Selepas kerap ditanya soal jodoh daripada warganet, wira banjir Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva akhirnya mengakui sudah memiliki calon isteri.

Memetik laporan Malaysia Gazette, perkara tersebut dided4hkan ketika lelaki berusia 30 tahun itu melakukan sesi Facebook Live dan TikTok Live sekitar jam 8.50 malam tadi.

Rajin menjawab soalan pengikut, justeru terdapat seorang individu tidak melepaskan peluang bertanya bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.

“Alamak bila nak kawen ek, Insya-Allah calon dah ada tapi belum dibuat betul-betul, diconfirmkan lagi. Calon dah ada tengah dalam proses ujian lagi,” katanya sambil ketawa kecil.

Tidak lama selepas itu, Azwan yang mempunyai lebih 88,000 pengikut di Facebook dan 4,000 di TikTok diajukan satu lagi soalan ‘cepumas’ daripada warganet lain sehingga dilihat agak terkedu.

“Salam, tak ajak Emelda ke malam ni gi (pergi) makan?,” tanya warganet tersebut di ruangan komen sambil dibaca Azwan.

“Aik, jangan buat kant0i,” jawab lelaki berasal dari Melaka itu seolah-olah menggambarkan gadis bernama Emelda berkenaan adalah calon isteri dimaksudkan.


Terdahulu, Azwan menjadi ‘fen0mena’ di media sosial selepas kisahnya yang membawa bot menaiki Perodua Viva bagi membantu mngsa banjir tvlar sekali gus mendapat tempat di hati masyarakat.

Hanya berbekalkan RM50, siapa sangka tindakan murninya itu dibalas dengan pelbagai rezeki seperti sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) dan banyak lagi.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid) , Facebook Azwan Omar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Previous article“Tak Sentuh Perempuan Ketika Berlakon” -Orang Ingat Aku Takut Bini, Tapi Sebenarnya Anak Yang Minta..
Next articleSelepas Tahu Su4mi Nak K4hwin Lagi, Isteri Tek4d Rob0hkan Rumah Yang Dibin4 At4s Tan4h Mentua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here