Home Petua Tips (Video)Abang ‘Grab Food’ Baik Hati Selamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan Raih...

(Video)Abang ‘Grab Food’ Baik Hati Selamatkan Anak Kucing Di Tengah Jalan Raih Pujian Netizen

237
0

Hidup di dunia ini, pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan bagi memberi manfaat kepada semua makhluk termasuk haiwan.

Terkadang, dengan hanya satu sahaja kebaikan kecil yang dilakukan, pelbagai ganjaran yang akan diperolehi sama ada secara sedar atau tidak.

Satu rakaman yang tular di laman Twitter memaparkan seorang rider Grab Food yang menyelamatkan seekor anak kucing di tengah jalan.

Menerusi perkongsian amirarasyidahh, lelaki itu sanggup menghentikan kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya bagi menyelamatkan seekor anak kucing yang berkeliaran di situ.

Semoga allah sentiasa murahkan rezeki abang ni

Pada mulanya, agak susah untuk menyelamatkan anak kucing tersebut kerana haiwan itu bergerak dengan pantas namun akhirnya berjaya diselamatkan.

Dalam kesesakan jalan raya itu yang dipercayai di hentian lampu isyarat, ‘rider’ tersebut bergerak di merata tempat untuk menangkap kucing comel tersebut. Menjengah ke ruangan komen, nyatanya tindakan lelaki ini telah mendapat pujian dalam kalangan warganet.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : siakapkeli

Previous articleDua lagi etnik R0hingya m4ut akibat Covid-19
Next article“Baru je 2 hari buka” – Pekerja Barbershop Di Setapak Suspek Positif Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here