Home Petua Tips Tengku Permaisuri Norasyikin gesa pihak berwajib negeri Selangor terus bela nasib kucing...

Tengku Permaisuri Norasyikin gesa pihak berwajib negeri Selangor terus bela nasib kucing dan anjing jalanan

86
0

DYMM Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Norashikin Bin Abdul Rahman merupakan idola kepada ramai aktivis yang menjaga haiwan-haiwan terbiar seperti kucing dan anjing. Tengku Norashikin sememangnya terkenal dengan kemurahan hatinya terhadap haiwan yang terbiar dan tidak terjaga.

Kemurahan hatinya itu membuatkan Tengku Permaisuri selalu memberi sumbangan makanan kepada haiwan- haiwan terbiar itu sehingga Tengku Permaisuri sanggup memberikan sumbangan wang kepada sebuah hotel di langkawi supaya memberikan makanan kepada kucing-kucing yang terbiar di sana.

Disebabkan itu,DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyeru dan menggesa pihak-pihak berwajib di Negeri Selangor dan juga di seluruh Malaysia supaya terus membela nasib kucing-kucing dan anjing-anjing yang terbiar di jalanan.

Pemberitahuan itu telah dimuatnaik di laman Facebook Selangor Royal Office. Ianya bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak mengabaikan haiwan-haiwan yang terbiar kerana ianya juga tanggungjawab kita bersama. Haiwan-haiwan itu juga perlukan perhatian kita semua.


Menjengah ke ruangan komen postingan tersebut, ramai yang memberikan komen yang positif iaitu memuji Tuanku Permaisuri Selangor yang baik hati dan menjaga kebajikan haiwan-haiwan yang terbiar itu.

Komen Netizen:

Sumber : Facebook Selangor Royal Office

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :sinarviral

Previous articleTak terlalu ‘show off’, gelagat Imam dirakam betulkan tudung Hannah Delisha cur1 tumpuan
Next articleElak jalan sesak, gelagat Myvi ‘panjat’ pembahagi jalan buat ramai terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here