Home Petua Tips Terima dos pertama AstraZeneca, Fizo Omar nasihat orang ramai jangan takut ambil...

Terima dos pertama AstraZeneca, Fizo Omar nasihat orang ramai jangan takut ambil vaksin – “Ini bukan dibuat oleh makcik Kiah atau pengasas produk timbang kilo ok”

95
0

RAMAI rakyat Malaysia termasuklah selebriti tempatan antaranya pelakon Fizo Omar yang sudah selesai mengambil suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca.

Melihat golongan anti-vaksin mula menyebarkan cerita di laman sosial, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar tampil menjelaskan vaksin itu tidak akan memudaratkan diri seperti yang didakwa.

Berkongsi mengenai pengalaman dia dan ibunya yang berusia 61 tahun disuntik vaksin itu pada dua hari lalu, Fizo berkata dirinya masih dalam keadaan baik biarpun badannya terasa lemah akibat kesan suntikan tersebut.

Fizo kongsi info vaksin tersebut di Instagram.

“Macam-macam pula dengar cerita fasal vaksin ini kan. Ada yang sampai sudah tak nak ambil sebab takut duk dengar cerita macam-macam dari doktor palsepah di media sosial ni kan.

“Boleh mati ke? Cacat ke? Alahai macam-macamla kan. Pertama sekali, vaksin ini bukan dibuat oleh mak cik Kiah atau pengasas produk timbang kilo ok. Doktor dan pakar dunia yang cipta serta disahkan oleh KKM sendiri.

“Selepas 48 jam abe Joe sendiri dan mama (61 tahun) ambil vaksin #astrazeneca ini, so far ok saja. Cuma biasalah kesan apa-apa vaksin pun, badan rasa lemau sikit.

Alhamdulillah semuanya ok saja bila bekerja macam biasa.

FIZO OMAR

PELAKON

“Doktor pun pesan kalau rasa macam nak demam boleh amik ubat panadol saja. Jadi, tak payah nak kalut pergi klinik bagai kecuali dah teruk sangat boleh pergi jumpa doktor la,” katanya.

Pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi pendapat dan pengalaman dia selepas 48 jam disuntik vaksin Astrazeneca di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (PPV UKM), Bangi, menerusi laman Instagram miliknya.

Selain Fizo, pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil juga sudah selesai menerima suntikan dos pertama vaksin tersebut pada Ahad lalu di lokasi yang sama.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Rindu Awak Separuh Nyawa ini turut menasihati orang ramai agar tidak berasa bimbang dan terpengaruh dengan informasi tidak sahih mengenai vaksin.

Fizo nasihat orang ramai agar tidak berasa takut untuk mengambil suntikan vaksin.

Fizo yang mengucapkan terima kasih kepada Qualitas Medical Group dan PPV UKM memberitahu dia akan menerima suntikan dos kedua vaksin itu selepas 12 minggu.

“Alhamdulillah semuanya ok saja bila bekerja macam biasa. Jadi, abe Joe nak nasihat la kepada geng #antivaksin tak perlu la takut dan terikut sangat dengan info yang tak sahih itu.

“Kalau masih ramai yang tak nak ambil vaksin ni pun tak kesudahan juga Covid ni. Sekurang-kurangnya kita dah ikhtiar, selebihnya kita serah saja pada Allah. Doa tu doa juga, tapi apa tindakan kita kan.

“Apa-apa pun terima kasih kerana susunan yang betul dan layan yang hebat oleh #qualitasmedicalgroup #ppvukm dan semua team yang terlibat. Tak sabar untuk dos kedua lagi 12 minggu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Kau Peliharalah Suamiku…” – Lisdawati Kngsi Video Suami Dilangg4r Kereta
Next articleGadis Ini Cuba Melakukan Perkara Yang Tidak Tercapai Akal Selepas GagaI Cubaan Rentas Negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here