Home Petua Tips Terlalu minat berniaga sejak kecil, bekas pramugari t4war servis facial RM1… kini...

Terlalu minat berniaga sejak kecil, bekas pramugari t4war servis facial RM1… kini bergelar usahawan, rangkul 3 anugerah berprestij

75
0

SEJAK berusia tujuh tahun, wanita ini sudah menunjukkan bakat dalam dunia perniagaan dan pernah menjual pelbagai barang kepada rakan-rakannya.

Farah Nadhirah Ibrahim, 30, berkata, apa dilakukan itu bukan sahaja kerana ingin mencari duit poket tetapi memang minat berniaga.

“Masa itu saya dan kawan baik sepakat hendak berniaga… Macam-macam kami jual termasuk gelang, baju malah menawarkan perkhidmatan ‘facial’ di rumah dengan harga RM1!

“Lucunya yang jadi pelanggan pun dalam kalangan kawan-kawan. Demi memudahkan mereka yang nak mencuba perkhidmatan itu, saya sampai lukis peta untuk memudahkan pelanggan datang ke rumah,” katanya yang mengimbau zaman kanak-kanaknya.

Tetapi itu kisah dulu kerana kini Farah atau lebih dikenali sebagai Ferra Ibrahim berjaya merealisasikan impiannya sebagai seorang usahawan dan tampil dengan produk penjagaan rambut, kulit dan kuku iaitu Le’HairBoss.

Ferra 2

Minat berniaga sejak kecil telah membuatkan Feera bulat hati ingin bergelar seorang usahawan.

Malah semangat, dedikasi dan kerja kerasnya turut mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang penerima anugerah Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 baru-baru ini.

Feera diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) yang mengiktiraf individu termasuk organisasi memangkin ekonomi negara.

Graduan Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Universiti Cyberjaya (UoC) dan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing itu menganggap anugerah ketiga diterimanya itu sebagai pembakar semangat.

“Saya berniaga bukan semata-mata nak jadi kaya tetapi percaya rezeki itu perlu dikongsi dan mahu melihat lebih ramai wanita menjana pendapatan apatah lagi dalam suasana pandemik ketika ini.

“Saya tidak mahu melihat wanita daripada pelbagai latar belakang hanya berpeluk tubvh dan mengharapkan wang daripada suami… Mereka perlu buat sesuatu dalam memperbaiki ekonomi keluarga,” ujarnya.

Ferra 3

Perniagaan yang dimulakan sejak dua tahun lalu kini semakin maju dan dikenali ramai.

Dalam pada itu, Feera memberitahu kejayaannya hari ini tidak datang bergolek sebaliknya pernah melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam dunia perniagaan.

Meskipun bercita-cita bergelar seorang usahawan sejak kecil tetapi ia tidak datang dengan mudah sebaliknya anak kelahiran Selangor ini pernah bergelar pramugari AirAsia pada usia 19 tahun.

Selepas beberapa tahun bersama syarikat penerbangan tambang murah itu, Feera menyertai Malaysia Airlines Berhad dan pada masa sama menyambung pengajian di Universiti Cyberjaya.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari selepas berkahwin dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Sudah ketentuan Allah, jodoh saya dan bekas suami tidak panjang dan kami bercer4i pada 2019 dan saya kembali bergelar seorang pramugari bersama Malindo,” katanya.

Suami percaya kebolehan, keinginan dan semangat saya dalam dunia perniagaan malah dia juga memberi modal untuk saya mulakan perniagaan baharu pada Januari 2020.

FARAH NADHIRAH IBRAHIM

PENGASAS LE’HAIRBOSS

Ketika itu katanya, dia mempunyai perniagaan berkaitan tekstil dan dari situ banyak belajar selok-belok menguruskan perniagaan.

Enam bulan selepas bercer4i, Feera memberitahu dia bertemu jodoh dengan suami, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang juga seorang ahli perniagaan dan menyifatkan lelaki itu sebagai tonggak kekuatannya mengorak langkah sebagai usahawan.

“Suami percaya kebolehan, keinginan dan semangat saya dalam dunia perniagaan malah dia juga memberi modal untuk saya mulakan perniagaan baharu pada Januari 2020.

“Alhamdulillah berkat sokongan dan doa seorang suami, dalam tempoh beberapa bulan ia dilancarkan, perniagaan melonjak naik dan selepas itu saya beranikan diri mengeluarkan lebih banyak produk seperti syampu, tonik dan perapi,” katanya.

Tidak hanya berharap kepada modal diberikan suami, Feera berkata, dia mengambil masa setahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan setiap produk dikeluarkan selamat dan mampu memberi manfaat kepada pengguna.

Ferra dan suami

Dorongan suami tercinta membuatkan Feera lebih bersemangat untuk lebih berjaya dalam perniagaan.

Kini selepas dua tahun, Feera memberitahu dia gembira melihat perniagaannya semakin berkembang dan paling penting melihat stokisnya mula meraih pendapatan lumayan.

Malah ded4hnya, ada salah seorang stokisnya yang sebelum ini hanya berpendapatan RM1,500 sebulan untuk tempoh tujuh tahun kini mampu membeli stok mencecah RM10,000 sebulan.

“Inilah yang saya harapkan, perniagaan ini mampu membantu orang lain menambah pendapatan. Alhamdulillah kini saya ada lapan ketua stokis di Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Ikutkan jenama ini lebih dikenali sebagai HairBoss sampai orang lupa nama rasminya, Le’HairBoss. Tapi tidak mengapa, janji orang tahu dan sedar kewujudannya dalam pasaran.

“InsyaAllah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, Feera turut pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Patutlah Hint-Hint, Muat Lagi Ke Naik Kereta Audi Tu?,” – Kejutan Awal, Achey Bocey Hadiahkan Isteri Mercedes Benz
Next articleHampir 50 hari tanpa berita, wanita hilang punca fikirkan nasib adik hid4p skiz0frenia selepas ke ladang kelapa sawit… ris4u j4tuh ke tangan orang tak baik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here