Home Petua Tips “Terp4ksa Bers4lin Awal”- Yaya Jawab Perso4lan Netizen Kenapa Tak Boleh Bers4lin Secara...

“Terp4ksa Bers4lin Awal”- Yaya Jawab Perso4lan Netizen Kenapa Tak Boleh Bers4lin Secara Normal

65
0

Dis4ngka budak kecil atau pelajar sekolah rendah, kisah wanita berusia 27 tahun bernama Syakila Norazma Amira pernah tular awal tahun ini kerana mempunyai tubuh yang sangat genit.

Berkahwin dengan lelaki yang tinggi lampai, kisah cinta dan perkahwinan mereka berdua menjadi perhatian penuh selain menjadi simbolik keikhlasan menerima pasangan seadanya.

Pada Ogos lalu juga, Puan Yaya ada berkongsikan berita sedang h4mil anak sulung mereka selama 11 minggu.

Kini dia sedang menunggu hari untuk menyambut kelahiran bayi comelnya. Jelasnya, dia terpaksa bers4lin awal kerana saiz bayi terlalu besar.

Video:

Komen Netizen:

“Takpe dik.. akak doakan semoga semuanya $elamat ye..”

Di mata saya dia sempurna – Azri

Seorang pekerja kilang dari Kampung Machang, Ajil di sini membuktikan keikhlasan hati dan keluhuran cintanya apabila mene­rima wanita kerdil berketinggian 118 sentimeter sebagai isteri.

Muhammad Azri Zaidi, 19, yang bertemu jodoh menerusi permainan video online, PUBG selamat disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Syakila Norazma­ Amira Zuharsema, 27, dari Kampung Pengkalan Ajal, Ajil di Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu pada 18 Mac lalu.

Muhammad Azri berkata, keperibadian dan keyakinan diri yang dimiliki isterinya itu membuatkan hatinya terpaut untuk menyunting wanita berkenaan menjadi permaisuri hidupnya.

Katanya, dia tidak pernah melihat saiz fizikal sebagai satu kekurangan.

“Kami sama-sama bermain PUBG pada Ramadan tahun lalu sebelum bertukar-tukar nombor telefon dan kemudiannya sering­ berhubung melalui aplikasi Whats­App. Lama-kelamaan terbit rasa sayang dalam hati.

“Tidak sangka apabila kami menyatakan hasrat untuk ‘ber­satu’ kepada keluarga masing-masing, semuanya menyokong dan merestui hubungan ini.

“Walaupun mengetahui dia (Syakila) tidak seperti wanita lain namun di mata saya, dia tetap sempurna, kami melengkapkan kekurangan masing-masing. Suara-­suara sinis tidak saya ambil kisah kerana yang lebih pen­ting kami berdua bahagia,” kata­nya di rumah mereka di Kampung Machang di sini semalam.

Sementara itu, Syakila Nor­azma Amira berkata, dia dapat rasai keikhlasan cinta suaminya itu yang tidak pernah malu atau mengejek keadaan fizikalnya.

Ujarnya, ia menggambarkan kematangan Muhammad Azri meskipun berusia lebih muda daripadanya.

Syakila Norazma Amira yang merupakan anak sulung dari­pada tiga beradik berkata, meskipun diselubungi perasaan takut untuk berjumpa dengan keluarga suami buat pertama kali, namun dia kuatkan semangat serta percaya dengan kekuatan cinta mereka berdua.

“Suami banyak yakinkan saya tentang keluarganya dan syukur mereka bukan sahaja baik, malah dapat menerima saya seadanya tanpa pernah melihat fizikal saya sebagai kekurangan. Keluarga saya juga terbuka terima suami walaupun masih muda.

Sumber  : TikTok Yaya Mekcekk/Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous article“Wah Haji Fizo..Dulu Dengan Mawar Tak Pernah Nampak Pakai Seluar Atas Lutut..” – Netizen Tegur Fizo Omar Berseluar Pendek
Next article“Logik ke saya buat begitu?” – Fizo Omar jawab tudvhan bek4s isteri ab4ikan anak ketika bercuti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here