Home Petua Tips Tumpang rezeki anak… Wanita ini ‘j3ntik’ hati netizen, bergegas ke ATM keluarkan...

Tumpang rezeki anak… Wanita ini ‘j3ntik’ hati netizen, bergegas ke ATM keluarkan duit demi basikal oren

85
0

Setiap  orang yang bergelar ibu bapa sudah pasti akan sedaya upaya akan memenuhi kehendak anak-anak walaupun ada kalanya sukar.

Begitulah situasi yang berlaku bagi pasangan ini iaitu Farah Eshaa, 25 dan suaminya Shahrul Aizat, 28 apabila berjaya menunaikan keinginan anak mereka untuk memiliki sebuah basikal.

Menurut ibu kepada Eiman Aisar, 2, mana mungkin dia akan menghampakan impian anaknya apabila mengakui bahawa kesenangan mereka pada hari ini hanyalah hasil tumpangan rezeki si kecil ini juga.

Bercerita lanjut kepada mStar, wanita yang mesra disapa Shaa ini berkata pembelian basikal idaman untuk si kecil itu berlaku secara spontan tanpa dirancang.

“Masa tu saya, suami dan anak-anak dalam perjalanan nak jumpa rakan niaga untuk berikan barangan jualan. Secara kebetulan kami tunggu depan kedai basikal. Memang tak perasan ada kedai basikal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Eiman terus jerit beritahu saya yang dia nampak basikal. Memang setiap kali pergi mana-mana dia akan perhati luar kereta tengok kedai basikal dan mainan. Dia akan akan teruja setiap kali nampak dua perkara tu.

“Jadi saya pun minta suami pergi tengok-tengok harga basikal dekat situ. Anak saya ada berkenan dengan satu basikal tu harganya sekitar RM120. Tapi kami masing-masing tak bawa wang tunai masa tu,” jelas Shaa.

Tambah Shaa lagi, disebabkan tidak membawa wang yang cukup, dia memberitahu anaknya agar menangguhkan dahulu hajatnya untuk membeli basikal pada petang tersebut.

a32e377e-cdd3-4ef0-9998-a9fe92cec485

Shaa bersama anak sulungnya Eiman yang berusia dua tahun.

Mendengar sahaja jawapan si ibu, tidak disangka-sangka reaksi wajah Eiman bertukar menjadi sed1h lalu men4ngis.

Tidak sampai hati melihat situasi itu, Shaa yang merupakan ibu kepada dua orang anak ini mengajak suaminya untuk mencari mesin ATM berdekatan untuk mengeluarkan wang.

“Biasanya kalau saya cakap ‘nantilah’ atau ‘esoklah’ dia (Eiman) akan setuju saja. Tapi mungkin sebab dia nak sangat basikal masa tu.

Mana mungkin kami menghampakanmu anak, kami juga tumpang rezeki kamu.

FARAH ESHAA

“Tapi anak kami ni sangatlah jarang meminta kalau lalu depan kedai mainan. Biasanya kalau saya cakap nanti baru boleh beli pun dia okey. Dia tak akan men4ngis mer4ung atau mengg3lupur dekat situ.

“Tapi kali ini rasa tak sampai hati pula, jadi kami singgah di 7Eleven untuk keluarkan duit,” katanya lagi.

Mengenai videonya yang meraih hampir satu juta jumlah tontonan di TikTok, dia tidak menyangka perkongsian santainya sebagai kenangan ini mendapat perhatian warganet.

882fe270-e7dc-4daf-abef-4841e3163dc3

Pasangan ini memiliki dua cahaya mata sepanjang tempoh hampir empat tahun usia perkahwinan.

Malah, para netizen turut menyatakan rasa seb4k dan tersentak dengan perkongsian Shaa lebih-lebih lagi apabila wanita berkenaan menulis bahawa sebagai ibu bapa mereka akan cuba untuk tidak menghampakan anak-anak.

“Mana mungkin kami menghampakanmu anak, kami juga tumpang rezeki kamu,” tulis Shaa pada video Tiktok itu.

Lebih membuatkan ramai tersenyum menonton video berkenaan apabila Eiman secara spontan memelvk dan menc1um ibunya sebagai tanda terima kasih.

aabd8e00-73dd-4fdf-a3de-8b3a33e40cef

Shaa berharap warganet sentiasa mendoakan kebahagian rumah tangga keluarganya berkekalan.

“Niat nak rakam video tu sebab saya nak tengok gelagat dia teruja tengok basikal banyak saja. Bila tanya sama ada dia betul-betul mahukan basikan berkenaan, Eiman datang dan pelvk lalu c1um pipi saya. Ibu mana yang tak ‘cair’.

“Lepas dah beli tu, Eiman seronok sangat siap lompat-lompat. Tak putus-putus dia senyum. Sampai dalam kereta pun dia dah tunggang basikal tu. Apabila tengok dia seronok, saya bersyukur masih boleh tunaikan keinginan anak lagi.

“Fasal ayat kami tumpang rezeki dia tu memang betul. Sejak ada anak, rezeki tak pernah putus jadi mengapa tidak kami kongsi sedikit dengan dia,” jelas Shaa yang berniaga produk penjagaan kulit ini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleRamai Tak Kenal Siapa Suami Dian P Ramlee! Akhirnya Dia Ceritakannya!
Next article“Peng0rbanan seorang ayah,” – [VIDEO] Lelaki gigih lindung anak dip4ngku atas motor dari cuaca p4nas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here