Home Petua Tips Remdesivir, ubat hapvskan C0vld-19

Remdesivir, ubat hapvskan C0vld-19

169
0

Washington: Ubat antiviral Remdesivir berkesan untuk Cvid-19, kata saintis Amerika Syarikat pada Jumaat.
Saintis berkenaan dalam satu laporan berkata, ia berdasarkan satu eksperimen yang diuji pada m0nyet.

Kajian itu yang masih pada peringkat awal katakan mengikut prosedur pemberian dos dan rawatan yang digunakan ke atas pesakit C0vid-19 yang dirawat di hospital,

Eksperimen membabitkan dua kumpulan dengan enam monyet yang sengaja dijangkitkan dengan Cov1d-19

Remdesivir antara ubat pertama yang disebut sebagai rawatan untuk Cov1d-19 dan ujian klinikal secara rawak kini berada pada peringkat lanjutan.

Kelmarin, laman web berita kesihatan Stat melaporkan ubat itu menunjukkan kesan yang baik terhadap pesakit Cov1d-19 di di sebuah hospital di Chicago.

Mereka adalah antara dengan sebahagian pesakit terbabit dalam percubaan rawatan

Remdesivir

Antivirus itu pertama kali dihasilkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg. Bagaimanapun ia turut menunjukkan potensi sebagai agen antiviral melawan koronavirus seperti SARS (sindr0m pernafasan akut teruk) dalam kajian yang dijalankan ke atas jngkitan dalam tikus dan mnyet.

Walaupun masih pada peringkat eksperimen, Remdesivir tidak memberikan kesan negatif ketika digunakan dalam rawatan pesakit Ebola. Bagaimanapun, ia tidak berkesan ke atas virus itu kerana Ebola adalah daripada kumpulan virus berlainan daripada koronavirus.

Antiviral itu didapati menghalang k0ronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.

“Remdesivir didapati bertindak ke atas virus tanpa memberi kesan toksik kepada sel. Ini menjadikannya agen antiviral yang sesuai bagi rawatan,” jelas eorang ahli virologi tempatan, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit.

Katanya, adalah penting untuk mengenalpasti agen antiviral yang berkesan untuk melawan penyakit itu memandangkan pada masa ini tiada rawatan berkesan yang diluluskan untuk merawat pnyakit berpunca daripada kor0navirus.

“Kajian makmal menggunakan sel yang dibiak secara kultur dalam tabung uji menunjukkan hasil positif. Kajian haiwan juga menunjukkan ubat ini selamat digunakan dalam melawan kor0navirus.

“Kini, kita perlu menjalankan ujian klinikal ke atas pesakit untuk membuktikan keberkesanan antiviral itu,” kata Sai Kit yang juga perunding penyelidikan di Universiti Malaya (UM).

Selain Remdesivir, ubat lain yang sedang dinilai untuk rawatan termasuk chloroquine, ribavirin, interferon, penciclovir, nitazoxanide, nafamostat dan favipiravir.

Sai Kit berkata ketika wabak virus Nipah pada 1998-1999, Pusat Perubatan UM telah menggunakan ubat eksperimental ribavirin dalam rawatan kes ensefalitis akut Nipah dan ia menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan kadar kematian akibat ensefalitis akut Nipah.

“Harapannya, ribavirin dan perencat RNA lain akan turut berkesan merawat pesakit koronavirus,” katanya.
China juga sedang menguji chloroquine dan ubatan lain. Chloroquine digunakan secara meluas sebagai ubat antimalaria dan untuk merawat penyakit autoimun dan telah digunakan lebih 70 tahun.

Ubat itu baru-baru ini dilaporkan berpotensi bertindak sebagai ubat antiviral spektrum-luas yang berupaya menghalang virus memasuki sel dan merencatkan pembentukan virus dalam sel yang sudah dijangkiti.

“Memang bagus sekiranya choloroquine dapat digunakan dalam rawatan koronavirus memandangkan ia telah digunakan untuk merawat malaria bertahun-tahun lamanya. Tambahan pula, ia selamat dan murah,” kata Sai Kit.

Ujian Klinikal

Seorang jurucakap Gilead, Ryan McKeel, baru-baru ini dipetik sebagai berkata dua ujian klinikal itu akan dijalankan di Wuhan melibatkan 500 pesakit.

Mereka akan diberikan Remdesivir manakala beberapa kumpulan kawalan akan diberikan plasebo.

Pesakit untuk kumpulan ujian pertama adalah mereka yang sakit teruk, seperti yang memerlukan bantuan oksigen, manakala kumpulan lain melibatkan pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital tetapi dalam keadaan yang kurang serius.

Pesakit yang mengambil Remdesivir akan diberikan ubat itu secara intravena selama 10 hari. Selepas 28 hari, mereka akan dinilai semula untuk melihat keadaan mereka berbanding kumpulan plasebo.

Sumber hmtero,selangorkini

Previous article‘Mr Maxim Lapin Rupanya Seorang Jurutera’ Polis Temerloh Mendapat Penghargaan Kedutaan Rusia
Next articleLapan Doktor Pakar Dari China Telah Tiba Di Malaysia Bantu Lawan C0vid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here