Home Petua Tips Lapan Doktor Pakar Dari China Telah Tiba Di Malaysia Bantu Lawan C0vid-19

Lapan Doktor Pakar Dari China Telah Tiba Di Malaysia Bantu Lawan C0vid-19

193
0

Lapan pakar perunding perubatan dari China tiba di Malaysia tengahari tadi untuk membantu menangani wabak Covid-19 yang kini mencecah 86 kes kem4tian.

 

Menerusi laman Facebook China Embassy in Malaysia, Duta Besar China di Malaysia iaitu Bai Tian berkata kedatangan pasukan dalam pelbagai bidang perubatan itu sekali lagi melambangkan persahabatan yang hebat antara Malaysia dan China.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada China dalam memerangi wabak tersebut bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

 

CHINA’S MEDICAL CONSULTANT EXPERT TEAM ARRIVES IN KUALA LUMPUR18 April – At the invitation of the Government of…
Posted by China Embassy in Malaysia on Friday, April 17, 2020

Pasukan itu diketuai Ketua Pakar Perubatan merangkap Naib Presiden Hospital Wilayah Guangdong Perubatan Tradisional Cina, Dr Li Jun; Pakar Perubatan Bersekutu Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Wen Miaoyun.

Selain itu, Prof Kejururawatan merangkap Pengarah Jabatan Kawalan Jangkitan Nosokomial, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Zhang Youping; Ketua Doktor Pusat Wilayah Guangdong Kawalan Penyakit dan Pencegahan, Dr Liu Tao serta Ketua Juruteknik Bersekutu Virologi, Dr Sun Jiufeng juga akan turut serta.

Tiga pakar lagi ialah dari Hospital Rakyat Wilayah Guangdong iaitu Ketua Doktor Bersekutu Jabatan Perubatan Kritikal dan Penafasan, Dr Yang Shifang; Ketua Doktor Bersekutu Jabatan Jangkitan, Dr Luo Xiaodan dan Pakar Psikologi, Dr Liu Xiangxin.

Laporan akhbar mohon bantuan pakar perubatan dari China :

Hishammuddin berkata, ini antara peranan dimainkan Wisma Putra dalam menggunakan hubungan baik negara dengan kerajaan-kerajaan di luar negara.

Posted by Sinar Harian on Tuesday, March 24, 2020

via borakdaily

Sumber :The Star,Sinar,China Embassy

Previous articleRemdesivir, ubat hapvskan C0vld-19
Next article‘Ada VIP l4nggar PKP’. Kali Ini Mendapat Respon Padu Dari Najib Razak Setelah VIP Sendiri Telah Cuai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here