Home Petua Tips Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Bernikah!

Uyaina Arshad, Raja Syahiran Selamat Bernikah!

102
0

Dengan sekali lafaz, penyanyi Raja Syahiran sah bergelar suami kepada pelakon Uyaina Arshad dalam sebuah majlis tertutup di The Colony, Star Boulevard KLCC pada pukul 9.03 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Percer4ian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua orang saksi.

Kongsi Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, majlis akad nikah ini telah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Namun banyak pertukaran dari segi perancangan dan plan majlis akad nikah tersebut disebabkan oleh SOP semasa yang cepat berubah & terkini, banjir terburuk yang berlaku dua hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

​“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terbvruk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Raja Syahiran, 28, menyerahkan mas kahwin berupa set barangan kemas buat Uyaina dan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa sama, pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.

Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Sehingga kini, Raja Syahiran dan Uyaina masih belum punyai sebarang perancangan untuk melangsungkan majlis resepsi.

Pasangan pengantin kelihatan manis berseri dalam persalinan Baju Melayu dan Baju Kurung Rizman Ruzaini dan dihiasai barang kemas dari Ceres Jewels.

#URS pula dipilih sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka. URS adalah akronim Uyaina Raja Syahiran dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan buat ibu kepada Uyaina, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari nanti.

Uyaina dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguh majlis mereka disebabkan varian baharu COV1D-19, faktor keselamatan dan SOP negara-negara yang ingin dilawati yang sering bertukar.

Jadi, Uyaina dan Syahiran bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articlePeniaga bundle sedekah pakaian, seb4k kedai belum buka m4ngsa banjir dah tunggu depan pintu nak tukar baju basah – “Ada yang bawa duit RM10’’
Next article“Saya Di Kuala Lumpur Tapi Hati Di Daerah Lipis,” – Tak Boleh Balik Kampung Sebab Anak Tak Sihat, Siti Nurhaliza Ris4u Tengok Keadaan Banjir Di Pahang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here