Home Petua Tips Idea’ genius’ el4k air b4njir masuk rumah tul4r, guna kaca gentian...

[VIDEO] Idea’ genius’ el4k air b4njir masuk rumah tul4r, guna kaca gentian had4ng pintu

60
0

Banjir kil4t kerap terjadi akhir-akhir ini susulan daripada hujan lebat berterusan ak1bat peralihan monsun.

Fenomena La Nina (hujan berintensiti tinggi) dan Fasa Monsun Timur Laut menyebabkan hujan lebat dan ribut petir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negara ini.

Baru-baru ini sebuah video memaparkan kediaman penduduk di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan tular kerana idea ‘genius’ membina penghadang menggunakan beg pasir.

Terbaru,  pengguna Facebook, Khairul Anuar Suria berkongsi video yang memaparkan idea lain mengelakkan air banjir memasuki rumah.

Menerusi video tersebut, kepingan kaca gentian digunakan sebagai penghadang air banjir separas paha dewasa. Difahamkan penghadang banjir itu adalah idea rakannya dan telah dipasang sendiri.

“Salah satu cara untuk halang air memasuki rumah sewaktu banjir mengunakan fiber glass (bukan cermin biasa) .

“Terbaik idea sahabat saya, Desmond Wong,” katanya.

Video:


Video berdurasi 22 saat itu turut memaparkan kepingan kaca gentian digunakan bagi menghadang pintu gelongsor (sliding door) kediaman.

Hantaran tersebut telah menerima lebih 2,700 tanda suka dan 7,200 perkongsian daripada warganet.

Ia turut menerima pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengatakan ia adalah idea baik untuk dicuba.

Malah ada juga yang memberikan cadangan menutup lubang tandas menggunakan tanah liat mainan untuk mengelakkan air melimpah masuk.

Semoga idea ini boleh digunakan bagi kediaman di kawasan rendah yang terdedah dengan banjir kilat bagi mengelakkan kerosakan perabot.

Sekurang-kurangnya ada masa untuk mempersiapkan dokumen dan peralatan penting sebelum berpindah ke Pusat Perindahan Sementara (PPS).

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : sinarplus

Previous article“Takut Bila Orang Dekat…”- Paranoid Selepas Kena Cvd-19, Che Ta Pakai Baju Yang Boleh ‘Social Distancing’
Next articleKucing Duduk Di Pangkuan Gadis, Telatah Manjanya Pula Buat Ramai ‘Cair’, “Comel G1la…”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here