Home Petua Tips Intan Saleh kini isteri orang, doa perkahwinan kali ini kekal hingga...

[VIDEO] Intan Saleh kini isteri orang, doa perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga

79
0

SELEPAS tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka yang dikenali sebagai Aizam Yahya pada Isnin.

Intan berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa dengan kapsyen berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke syurga.

“Dengan sepenuh hati dan sepanjang hidup saya!

“InsyaAllah… tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga” ujarnya.


Pasangan itu kelihatan sama cantik sama padan dengan mengayakan pakaian pengantin berwarna pic.

Menerusi video yang dikongsi itu, Intan, 35, sah bergelar isteri kepada Mohamad Aizam dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Intan juga kelihatan seb4k pada acara membatalkan air sembahyang ketika suaminya menyarungkan cincin.

intan3

Intan mengharapkan perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan yang dibina ini berkekalan.

Intan pernah berkahwin dengan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk bercer4i talak satu pada 22 Mac 2018.

Pasangan ini bercer4i selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Komen Netizen:

Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude.

Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2. Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleCatriona Ross Kecew4! D4kwa Pihak ‘Media’ Arah Mngsa Bnjir Berlakon, Buat Wayang Depan Kamera
Next articleWanita ini nek4d jual rumah selepas kucing nyaris m4ti ak1bat banjir, ada hikmah tak kurung dalam sangkar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here