BUKAN sedakar manusia, malah haiwan juga turut terjejas ekoran banjir yang melanda negara sejak beberapa hari lalu.
Banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan haiwan-haiwan m4ti ak1bat benc4na banjir turut meruntun hati orang ramai.
Bagi Noor Izzah Laila Mohd Ghazali, 34, dia bernasib baik apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Oliff ditemui selamat di kediamannya di Labu Lanjut, Sepang, Selangor.
Oliff berjaya diselamatkan pemiliknya, Sabtu lalu.
Bercerita kepada mStar, dia bersama seorang rakan pulang ke rumah untuk menyelamatkan kucing itu sejurus menerima berita mengenai keadaan paras air yang makin meningkat, pada Sabtu.
“Saya sebenarnya sedang menyewa sebuah bilik di kawasan lain. Saya dah tak duduk rumah sendiri di Sepang. Kucing itu saya letakkan di rumah, tapi setiap petang saya akan datang bagi makan.
“Pada Sabtu, saya dimaklumkan air sedang naik. Jadi saya ajak kawan untuk datang menyelamatkan Oliff. Selepas habis kerja, terus kami bergegas ke rumah.
“Pada waktu itu, air agak deras. Makin lama makin naik. Kami terp4ksa berjalan dalam air paras paha sebelum sampai ke rumah,” ujarnya.
Video:
View this post on Instagram
Mesra disapa Izzah, dia mengaku lega apabila kucing tersebut ditemui selamat dan duduk di bahagian tinggi yang tidak ditenggelami air dalam kediamannya.
“Air di luar rumah paras paha, dalam rumah pula paras lutut. Saya bersyukur sebab tak kurung Oliff dalam sangkar. Masa jumpa tu, saya rasa lega sangat.
Saya pindah buat sementara waktu sebab t4kut kejadian berulang lagi sekali dan malas nak fikir mengenai banjir.
IZZAH
“Kalau Oliff m4ti, mesti saya rasa bersalah. Saya pun baru saja bela Oliff sejak empat ke lima bulan lepas,” ujarnya lagi.
Ketika ditemui, Oliff kelihatan tenang sahaja sebelum dibawa keluar oleh Izzah bersama rakannya.
Menurut ejen jualan pengeluar kelengkapan rumah dari Korea Selatan, Coway (M) Sdn Bhd itu, rumahnya pernah banjir ekoran kejadian ban pec4h di Rinching, Semenyih pada bulan lalu.
Disebabkan itu juga, dia kini berpindah sementara waktu dan merancang untuk menjual rumah miliknya pada tahun hadapan.
Izzah bersama kucing kesayangannya.
“Rumah saya pernah banjir pada bulan Oktober. Jadi saya pindah buat sementara waktu sebab takut kejadian berulang lagi sekali dan m4las nak fikir mengenai banjir. Tahun lepas pun pernah banjir sekali.
“Kini saya menyewa sementara di Saujana KLIA. Kucing pun dah dibawa menetap dengan saya.Tahun depan memang saya nak pindah betul-betul, saya dalam proses nak jual rumah di Sepang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, video memaparkan Izzah menyelamatkan kucingnya meraih 1.2 juta tontonan selepas dikongsi ke aplikasi TikTok.
Kata ibu tunggal itu, dia terkejut video berkenaan meraih perhatian ramai, namun terharu dengan titipan doa yang ditulis oleh netizen.
“Saya terkejut video itu viral. Tapi paling penting, ramai yang bersyukur kucing itu selamat,” ujarnya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/