Home Petua Tips “Video Lelaki Amvk M4rahkan C0vid-19 Raih Hmpir 2 Juta T0ntonan.” Rupa-rupanya Ada...

“Video Lelaki Amvk M4rahkan C0vid-19 Raih Hmpir 2 Juta T0ntonan.” Rupa-rupanya Ada Kisah Sil4m W4bak 2 Tahun Berturut-turut

82
0

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu menyuarakan rasa kecewanya meraih hampir dua juta tontonan di TikTok.

Dalam rakaman pada Rabu itu, Mohammad Khaisal Nurilla, 28, baru sahaja pulang menjalani pemeriksaan kesihatan dan diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu kerana tersenarai sebagai kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

“Aku dah bosan pakai ni (gelang kuarantin), aku dah bosan pakai mask ni. Sampai bila nak berakhir Covid-19 ni?

“Nak kerja sekejap, nak cari rezeki sekejap pun tak boleh,” ujarnya penuh emosi dalam video itu.

Mesra disapa Khaisal, pembantu kedai di Wilayah Persekutuan Labuan itu mendedahkan dia juga pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2020.

Khaisal tak sangka video itu akan meraih tontonan ramai.

Kali ini, dia sekali lagi diarah menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat rakan sekerja, sekali gus memberi tekanan emosi kepadanya.

“Bagi saya, memang tertekan. Nak cari duit susah, nak bagi makan untuk orang tua pun susah. Rasa tertekan sebab tak boleh kerja cari duit.

“Dah beberapa kali saya buat swab test tahun lepas dan pernah positif Covid-19. Tahun ini kena kuarantin pula sebab jadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup?

KHAISAL

“Saya buat video tu dalam kereta selepas balik dari hospital, saya tak merayau ke mana-mana.

“Selepas itu terus pulang ke rumah. Video itu sekadar luahan hati saya. Tak sangka tontonan sampai 1.8 juta,” ujarnya kepada mStar.

Kata Khaisal lagi, dia turut menerima pelbagai komen netizen selepas video itu tular.

Biarpun kecil hati dengan segelintir komen, dia tetap bersyukur dengan sokongan orang ramai terhadapnya.

“Banyak komen menyakitkan hati. Mereka belum rasa apa yang saya rasa, belum kena susah hidup positif Covid-19.

Kata Khaisal, dia tertekan dengan situasi yang menimpa dirinya.

“Video itu sekadar luahan hati, nak ingatkan orang luar bahawa Covid-19 memang wujud. Saya juga syukur sebab ramai bagi kata semangat.

“Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup? Bagi orang di luar sana, tolonglah duduk di rumah.

“Keluar bila perlu sahaja dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Kata Khaisal, dia suka membelek media sosial, menonton video YouTube dan melakukan aktiviti karaoke bagi menghilangkan bosan ketika kuarantin di kediamannya.

Kata Khaisal lagi, tiada apa yang diharapkan selain pandemik Covid-19 ini berakhir segera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article3 Selebriti Ini Buktikan Kahwin Campur Lebih ‘Power’, Tepis D4kwaan Kahwin Tak Kekal Lama
Next article“Titik Dua Memang Trademark Dia” Ibu Neelofa N4fi Hin4 Agung, Warganet ‘Si4sat’ Car4 Menaip Mesej Sama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here