Home Petua Tips Wajah mirip Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina tak suk4 dib4ndingkan

Wajah mirip Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina tak suk4 dib4ndingkan

76
0

MENGAKUI sering disamakan dengan wajah aktres popular Mira Filzah, pelakon baharu Qasrina Karim menganggap ia sebagai satu pujian.

Namun Qasrina, 25, berkata, dia tidak mahu kemunculannya dalam industri lakonan akan dibandingkan dengan pelakon berkenaan.

“Sudah ramai cakap tentang perkara itu. Saya terima ia sebagai satu pujian kerana Mira seorang yang sangat berbakat dan cantik. Kami juga pernah berhubung menerusi DM di Instagram.

“Kalau boleh saya tidak suka dibandingkan, tetapi apa boleh buat? Cuma saya harap tidak timbul cerita yang negatif,” ujarnya kepada mStar.

Qasrina ditemui ketika majlis pelancaran filem berjudul Kongsi Raya di Kuala Lumpur pada Isnin.

kongsi raya 12

Qasrina dan Wilson Lee, bergandingan sebagai pelakon utama dalam filem pertama mereka

Pertama kali melangkah ke bidang lakonan menerusi filem berkenaan, Qasrina juga bimbang jika lakonannya dikritik penonton terutamanya melibatkan beberapa babak yang dilihat seperti bersentuhan dengan lelaki.

“Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

“Dari awal terima tawaran berlakon saya sudah maklumkan tidak mahu babak bersentuhan kulit. Jadi saya cuba lakukan sebaik mungkin dengan cara berlapik.

Kebanyakan babak dan poster yang memperlihatkan saya bersentuhan dengan lelaki hanyalah teknik kamera.

QASRINA KARIM

PELAKON

“Tidak tahu bagaimana anggapan orang nanti selepas filem ini ditayangkan. Namun saya sudah tetapkan dalam diri supaya tidak ambil kira kecaman orang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang filem berkenaan, Qasrina berbesar hati apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Erra Fazira dan Harith Iskandar.

kongsi raya 11

Qasrina teruja dan gementar berlakon bersama Erra Fazira dan Harith Iskander

“Apabila dapat tahu senarai pelakon memang rasa gementar, tetapi Harith Iskander sangat memahami dan pelakon lain banyak memberi tunjuk ajar.

“Selain menjadi model produk tudung saya juga mahu terus kembangkan lagi kerjaya lakonan selepas ini,” katanya.

Filem arahan Teddy Chin ini turut dibintangi oleh Wilson Lee dan Chew Kin Wan dan akan ditayangkan bermula 3 Februari di seluruh pawagam di Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous article“Nak Yg Bujang, T4kut Nanti Terpegang…” -Vida Nak Cari Hero Berlakon Klip Video, Sekali Sharnaaz Pula Tawar Diri
Next article[VIDEO] “Bijaknya la dia ni” Rupanya suara sendiri, isteri Fizo Omar dipuji warga TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here