BUKAN calang-calang dug4an yang perlu ditempuhi oleh wanita hamil.
Selain terpaksa ‘mengusung’ pervt selama sembilan bulan, mereka juga terpaksa menghadapi al4han yang tervk, pertambahan berat badan yang mendadak, kulit wajah ditumbuhi jerawat dan pelbagai kesan lain, yang mana kesemuanya disebabkan perubahan hormon.
Pernah membaca kisah-kisah alahan yang dihadapi ibu hamil, wanita ini sama sekali tidak pernah menyangka dia juga berdepan dengan situasi yang sama.
wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hidayah Sham berkata, dia mengalami pertambahan berat badan sebanyak 31 kilogram sepanjang sembilan bulan hamil cahaya mata sulung, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Pertambahan tersebut menyebabkan muka dan tubuh badannya ‘mengembang’ sehingga mengundang teguran orang sekeliling.
Bukan itu sahaja, wanita berusia 24 tahun ini berkata, wajah dan badannya turut ditumbuhi jerawat yang banyak.
“Ketika bulan pertama hingga bulan kelima hamil, semuanya okay saja dan saya pun tak alami ‘morning sickness’. Masuk saja bulan keenam, berat badan mula naik.
“Seminggu tu naik dua kilogram. Masuk bulan ketujuh pula, satu badan dan muka ditumbuhi jerawat. Bukan jerawat biasa, tapi yang ada ‘isi’. Mujurlah tak gatal.
Muka Hidayah ditumbuhi jerawat ketika mula memasuki bulan ke-7 kehamilannya.
“Masa perubahan-perubahan ini berlaku, memang terkejut juga. Sampai orang tegur saya nampak macam orang lain. Mujurlah pakai ‘face mask’, tutup sikit jerawat dekat muka.
“Hairan juga berat makin bertambah setiap minggu… sedangkan saya makan macam biasa. Tak makan double atau triple pun. Pernah rasa takut juga setiap kali nak pergi klinik. Doktor siap rujuk saya kepada dietitian tapi katanya, perkara ini disebabkan horm0n,” ujarnya yang menetap di Ayer Molek, Melaka.
Menurut Hidayah, dia mengakui perubahan berkenaan menyebabkan dirinya sedikit ‘down’ lebih-lebih lagi apabila ditegur mengenai fizikalnya.
Berat badan Hidayah naik sehingga 31 kilogram sepanjang hamil cahaya mata sulung.
Namun ujar Hidayah, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa memberikan kata-kata semangat dan per4ngsang sepanjang melalui tempoh berkenaan.
“Sebelum ini pernah baca kisah wanita hamil yang alami alahan teruk sampai muka berubah… kita rasa kasihan. Tapi sekarang diri sendiri pun alami situasi sama.
“Namun saya fikir positif… saya beruntung kerana tak alami morning sickness. Suami pun sentiasa beri kata-kata semangat. Bagi kami, yang penting baby sihat dan bersalin dulu… yang lain ikhtiar kemudian,” ujarnya yang juga bekerja dalam sektor swasta.
Selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.38 kilogram pada 2 November lalu, Hidayah kini sedang menjalani proses berpantang di rumah ibunya di Umbai, Melaka.
Doktor siap rujuk saya kepada dietitian tapi katanya, perkara ini disebabkan hormon.
HIDAYAH SHAM
Lebih sebulan bersalin, Hidayah berkata berat badannya kini sudah susut sehingga 67 kilogram.
“Di sini emak dan nenek yang bantu jaga saya ketika berpantang. Memang jaga betul. Dari segi makanan, memang tak ambil yang manis atau bergoreng. Alhamdulillah, dalam tempoh lebih sebulan, progres yang berlaku agak pantas.
“Cuma masalah jerawat masih belum pulih sepenuhnya. Sekarang ikhtiar mandi garam laut dan mandi herba. Dah okay sikit, cuma parut masih ada,” ujarnya lagi.
Hidayah mempunyai tubvh yang langsing sebelum hamil.
Tidak menyangka perkongsian yang dibuat secara suka-suka itu meraih lebih 3.8 juta jumlah tontonan, Hidayah berkata video itu secara tidak langsung bertujuan memberikan semangat kepada wanita yang kini sedang berdepan masalah sepertinya dahulu.
“Semua wanita hamil melalui pengalaman yang berbeza-beza. Ada yang share pengalaman masing-masing dekat komen. Tapi ada juga komen kelakar, dia cakap takut pula nak mengandung… bimbang jadi benda sama.
“Apa pun dalam situasi ini, paling penting adalah sokongan daripada suami. Selain bagi kata-kata semangat, para suami haruslah bijak menjaga emosi isteri,” katanya lagi.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar