Home Petua Tips Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami,...

Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berp4ntang

79
0

Belum pun kelahiran cahaya mata sulung, seorang bakal ibu sudah membuat persiapan awal untuk menjalani tempoh berp4ntang selepas bersalin.

Bukan biasa-biasa persediaannya apabila sebuah kereta mewah Lamborghini dihadiahkan buat suami sebagai ‘ganjaran’ kerana menjaganya ketika berp4ntang.

Berkongsi pengalaman, wanita itu, Anes Ayuni Osman berkata, hadiah diberikan menerusi satu kejutan di sebuah pusat jualan kereta di Kuala Lumpur pada Jumaat petang lalu.

Bakal ibu muda berusia 19 tahun itu memberitahu, kereta Lamborghini model Huracan Evo warna turquoise yang dibeli khas buat suaminya itu bernilai RM2 juta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Alhamdulillah rezeki kami tak pernah putus sejak berkahwin. Suami pun menjaga saya dengan begitu baik terutama ketika kehamilan saya.

“Selain menghargai peng0rbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa di sisi saya sepanjang tempoh berp4ntang,” katanya yang s4rat hamil sembilan bulan kepada mStar.

lamborghini hadiah berpantang 8

Pelvkan suami yang terharu menerima kejutan hadiah.

Dijangka menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada akhir bulan ini, dia yang lebih mesra disapa Ayuni mempunyai alasan mengapa hadiah yang merupakan kereta kegemaran suaminya, Ahmad Weldan Zulkefli, 20, diberikan lebih awal.

“Saya beri hadiah awal-awal sebab masa berp4ntang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berp4ntang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.

“Mengikut amalan berp4ntang yang sering dilakukan oleh keluarga saya di Kelantan, tempohnya sehingga 100 hari. Maka tiga bulanlah suami kena ikut saya ‘berkampung’ di rumah mak ayah saya,” ujarnya yang berasal dari Pasir Mas dan menetap di Kota Bharu.

lamborghini hadiah berpantang 2

Ayuni dan suami bakal bergelar ibu dan bapa.

Menurut usahawan muda yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2021 ini, pastinya dia mengharapkan yang terbaik daripada suami untuk menjaganya sepanjang tempoh berp4ntang.

“Saya jangkakan suami bukan sekadar sentiasa bersama saya, tapi dia kena jaga baby siang dan malam. Sebabnya saya kemungkinan akan bersalin secara ‘czer’.

“Ibu-ibu pasti tahu s4kitnya selepas bersalin ‘czer’. Jadi, saya mahu lebih perhatian daripada suami,” kata Ayuni yang merahsiakan jantina anak tapi mended4hkan namanya akan mempunyai awalan huruf A sebagaimana namanya dan suami yang juga usahawan.

lamborghini hadiah berpantang 3 W

Ayuni dan suami bersama kereta Lamborghini masing-masing.

Selain menjaga bayi sepanjang tempoh berpantang, Ayuni yang mengusahakan bisnes kosmetik turut berharap suami akan mencuci lampin dan membersihkan n4jis serta kenc1ng anak.

“Suami okay je nak bersihkan sebab selama ni dia juga selalu buat perkara sama pada kucing peliharaan kami. Suami juga boleh berjaga waktu malam sebab otak bisnes suami lebih ligat waktu malam buat kerja marketing.

Selain menghargai peng0rbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa di sisi saya sepanjang tempoh berp4ntang.

ANES AYUNI OSMAN

“Suami pernah tak tidur sampai ke pagi. Dia cuma ris4u bila berjaga malam dan siang tidur, masa siang tu pula anak meragam. Kalau jadi macam tu, saya kena kejutkan suami untuk uruskan anak,” ujarnya secara berseloroh.

Video Ayuni membuat kejutan pada suaminya meraih lebih sejuta tontonan kurang 24 jam menerusi aplikasi TikTok.

lamborghini hadiah berpantang 6

Ayuni sebelum ini berbelanja RM50,000 untuk membeli beg keperluan bayi.

Kisah Ayuni pernah tular apabila berbelanja sebanyak RM50,000 dalam masa sehari bagi membeli beberapa beg jenama mewah Louis Vuitton untuk keperluan bayi yang bakal lahir.

Wanita ini juga pernah meraih perhatian apabila mengidam untuk memiliki kereta mewah Lamborghini model Aventador SV bernilai RM3 juta ketika hamil, dan permintaan itu ditunaikan suaminya selepas berjaya memenuhi syarat dengan salah satu videonya di aplikasi TikTok mendapat 100,000 likes.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Sekali dia senyum…”- Lelaki Iras Park Bo Gum Raih Perhatian Ramai
Next articleKeluarga Tak Restu Marsha P3luk Islam! Seb4k, Menang AJL Tanpa Orang Tua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here